Tol percuma pada 23 dan 26 Dis sempena Krismas; semua plaza tol kecuali di BSI dan Tg Kupang

Tol percuma pada 23 dan 26 Dis sempena Krismas; semua plaza tol kecuali di BSI dan Tg Kupang

Sempena dengan sambutan perayaan Krismas pada 25 Disember (Isnin hadapan), Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma kepada pengguna lebuh raya selama dua hari iaitu pada 23 Disember dan 26 Disember 2023. Walau bagaimana pun, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR), pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Linkedua, Johor.

“Pemberian tol percuma ini diharap dapat meringankan beban perjalanan semua rakyat Malaysia yang merancang pulang ke kampung halaman untuk melawat ahli keluarga untuk sambutan Krismas atau bercuti bersama-sama sempena musim cuti persekolahan. Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan.

“Pemilihan tarikh ini juga bertujuan bagi mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar serta dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan serta keperluan logistik lain yang melibatkan pihak ketiga di sepanjang kawasan hentian sebelah (lay by) dan kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuhraya,” kata kenyataan yang dikeluarkan itu.

Dalam masa yang sama, pihak KKR menasihati para pengguna jalan raya agar menitikberatkan aspek keselamatan dengan mematuhi had laju, papan tanda dan peraturan-peraturan di sepanjang lebuhraya. Anda juga boleh mengikuti saranan syarikat konsesi lebuhraya yang mengeluarkan cadangan jadual perjalanan bagi kelancaran pergerakan trafik di lebuhraya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required