Perodua keluarkan kenyataan rasmi berhubung isu “gula” dalam enjin Bezza yang tular di media sosial

Baru-baru ini tular di hantaran media sosial yang dibuat oleh seorang pemilik Perodua Bezza yang menyatakan keretanya yang baru dibeli Oktober lalu kini tersadai di pusat servis jenama berkenaan kerana masalah enjin, hanya selepas 46 km digunakan. Susulan itu, pihak Perodua baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.

“Merujuk kepada aduan yang diterima daripada pelanggan kami mengenai kereta Perodua Bezza yang baru dibeli, kami ingin memaklumkan bahawa pihak Perodua sudah berkomunikasi dengan pelanggan terbabit sejak Oktober tahun lalu. Sejak itu, kami telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu terbabit termasuklah dengan menawarkan kereta sementara untuk digunakan serta menawarkan pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan,” kata Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd, Encik JH Rozman Jaafar dalam kenyataan tersebut.

“Perodua juga telah memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk mengutamakan kes beliau dan kami juga ingin menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak syarikat untuk menyelesaikan isu ini. Siasatan menyeluruh berhubung isu ini sedang dijalankan dan kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai,” tambahnya lagi

Perodua keluarkan kenyataan rasmi berhubung isu “gula” dalam enjin Bezza yang tular di media sosial

Rozman turut memohon maaf ke atas semua kesulitan yang timbul dan berterima kasih di atas kerjasama yang diterima oleh pihaknya.

Isu ini tular sejak semalam di mana pemilik Perodua Bezza berkenaan menaikkan satu hantaran menerusi akaun facebook miliknya, menyatakan kereta yang dibeli pada Oktober tahun lalu tersebut mengalami masalah enjin yang tidak boleh dihidupkan pada hari pertama ia dibawa pulang ke rumah.

Hantaran itu juga menyebut siasatan awal dari pihak Perodua mendapati terdapat bendasing di dalam enjin berkenaan seperti gula yang menyebabkan kerosakan tersebut. Rundingan antara kedua-dua pihak untuk menyelesaikan perkara ini masih belum dimuktamadkan sehingga sekarang, mendorong pemilik tersebut membuat hantaran di media sosial itu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Learn more:

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Firdaus on Jan 05, 2024 at 3:36 pm

    Dari observation saya, byk kes spt ni berlaku dan pihak pembeli selalunya kalah. Ni negara kita, hk pengguna tidak sgt dilindungi. Baru 48km, sepatut nya kena tukar 1 to 1. Klu repair mmg tak puas hati. Masalah no chasis dan no engine dan pihak bank..perodua lah yg patut selesaikan. Ni tidak..dibebankan atas pembeli. Mana hak kita di negara ni. Korporat untuk berlipat kali ganda, pengguna merana. Klu tak servis di service center warranty void. Klu service centre buat silap salah kan pengguna. Dah charge berlipat kali ganda. Untung yg berganda. Inilah Malaysia ku yg tercinta.

    Like or Dislike: Thumb up 34 Thumb down 2
  • Lama Sgt tu…elok viralkan.lembab perodua

    Like or Dislike: Thumb up 21 Thumb down 2
  • Apakah maksud membeli semula kereta berkenaan adakah makaud nya dibaiki kereta tersebut dan dipulangkan kepada pembeli.. kereta itu kan mmg sudah dibeli dan bayaran ansuran mmg telah dibuat setiap bulan olih sipembeli..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Awahabmy on Jan 06, 2024 at 6:16 pm

    Kat Malaysia ni pengguna selalu jd mangsa. Korporat besar ada back up pemimpin negara. Rakyat merana.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Dah tiba sangat masa untuk lawmaker mengusulkan kpd Kem. Pengangkutan untuk segera laksanakan ‘Lemon Law’. Demi melindungi hak2 Pembeli/Pengguna. Dah lajak masa sangat ni. Patutnya dah laksana 5 atau 10 tahun dulu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required