Cadangan naik taraf lesen B2 kepada B secara automatik masih dalam peringkat kajian – Loke

Cadangan naik taraf lesen B2 kepada B secara automatik masih dalam peringkat kajian – Loke

Menteri Pengangkutan (MOT), Anthony Loke, mengesahkan kementeriannya masih mengkaji cadangan membenarkan pemegang lesen motosikal kelas B2 dinaik taraf kepada B secara automatik. Katanya, buat mada ini, cadangan tersebut masih dalam pembincangan di peringkat MOT terdapat pelbagai pandangan mengenainya.

“Keputusan belum dibuat. Memang ada kajian dilakukan tapi ia masih di peringkat perbincangan lanjut kerana lesen B ini untuk motosikal berkuasa besar. MOT perlu melihat sejauh mana mereka yang mempunyai lesen kelas B2 ini mampu untuk membawa motosikal berkuasa besar, jadi itu juga menimbulkan kebimbangan daripada pelbagai pihak,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Pada Ogos lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata pihaknya akan membawa cadangan untuk menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik ke Kementerian Pengangkutan untuk penelitian. Beliau berpendapat tidak ada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.

Cadangan naik taraf lesen B2 kepada B secara automatik masih dalam peringkat kajian – Loke

Perkara ini dinyatakan susulan cadangan yang dikemukakan oleh Presiden Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) Datuk Abdul Halim Sulaiman untuk menaik taraf automatik lesen motosikal B2 dengan had 250 cc kepada lesen kelas B penuh selepas tiga tahun. Ini dengan syarat pemegang lesen tidak melakukan sebarang kesalahan lalu lintas yang serius selepas mendapat lesen B2.

Walau bagaimana pun, perkara ini mendapat perhatian daripada banyak pihak yang mengesa cadangan itu diteliti sedalam-dalamnya terlebih dulu kerana ia boleh menimbulkan implikasi kepada sistem keselamatan jalan raya negara ini.

Ini termasuklah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, yang berkata dengan menaik taraf secara automatik untuk lesen ini boleh mengakibatkan implikasi yang serius terutamanya dari aspek keselamatan. Memandangkan jumlah kematian yang tinggi dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required