Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Jusoh dipetik memberitahu, kerajaan Melaka akan membuka lebih banyak tapak khas untuk kenderaan rekreasi (RV), sebagai salah satu tarikan baru di negeri itu.
Tambah beliau, inisiatif ini diambil bagi menjadikan Melaka sebagai destinasi pilihan bagi pemilik campervan, caravan, dan memastikan mereka ada kawasan rekreasi yang sesuai apabila menjelajah.
“Setakat ini sudah ada dua tapak, iaitu taman RV di Bukit Serindit dan Paya Lebar, Masjid Tanah, tetapi juga telah mengenal pasti beberapa lagi kawasan yang sesuai di Pantai Tanjung Bidara dan Sungai Kesang di Sungai Rambai. Kami akan menawarkan dan menyediakan lokasi terbaik bagi pengunjung sambil mempromosi Tahun Melawat Melaka 2024,” kata Rauf.
Beliau juga memberitahu bahawa selain menambah baik kemudahan di tapak RV ini, kerajaan Melaka juga akan menyediakan elektrik, suaru, tandas serta tempat memasak untuk pengguna RV.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.