Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) Malaysia-Singapura ‘disambungkan’ secara simboliknya antara kedua-dua negara ini, dengan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong, laporan Bernama.
Penyambungan itu membabitkan penyempurnaan span, iaitu titik pertemuan jejambat marin projek berkenaan antara Malaysia dan Singapura. Ini merupakan kali pertama buat kedua-dua pemimpin tertinggi itu bertemu di tapak projek berkenaan. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura Chee Hong Tat serta Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Dijangkakan siap pada Disember 2026, RTS link kini mencapai tahap kemajuan mencecah 65%, setakat 31 Disember 2023, seperti yang dijadualkan. Menurut Loke, Kerajaan Malaysia yakin RTS Link ini boleh beroperasi sepenuhnya mulai 1 Januari 2027.
Dilancarkan pada tahunn 2018, projek RT Link ini adalah perkhidmatan rel rentas sempadan sepanjang empat kilometer, yang mampu memuatkan kapasiti 10,000 penumpang sejam untuk setiap arah, dengan masa perjalanan sekitar lima minit antara dua stesen, satu di Bukit Chagar di Johor dan satu lagi di Woodlands di Singapura.
Mengikut perancangan asalnya, pembinaan yang bermula pada 2019 sepatutnya siap pada hujung Disember 2024, walau bagaimana pun projek RTS Link digantung pada April 2019 atas permintaan Malaysia kerana kerajaan ketika itu menyemak semua projek besar. Pada Julai 2021, Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani perjanjian dengan rakan sejawatannya, Lee untuk menyambung semula projek itu.
#JohorBahru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong hari ini menyaksikan detik bersejarah Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) secara simboliknya "disambungkan" antara Malaysia dan Singapura.
Penyambungan itu… pic.twitter.com/aMhyIW8nkh
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 11, 2024
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.