Volvo Car Malaysia (VCM) telah mengumumkan beberapa peningkatan untuk C40 Recharge pasaran Malaysia, dengan yang utama adalah bateri lebih besar, daripada sebelum ini 78 kWh, menjadi 82 kWh.
Walaupun nampak seperti tidak banyak beza, SUV elektrik tersebut kini boleh mencatat jarak gerak 550 km, iaitu naik 100 km berbanding sebelum ini. Selain daripada itu, bateri baru ini juga boleh menerima pengecas pantas DC sehingga 200 kW (sebelum ini 150 kW), dan selepas mengecas selama 28 minit, baterinya boleh naik daripada 10-80%.
Tetapan penggeraknya juga telah diubah, dengan dua motor elektrik 204 PS (150 kW) sebelum ini diganti dengan motor 159 PS (117 kW) di hadapan dan motor 249 PS (183 kW) di belakang. Kuasa keseluruhan masih lagi 408 PS (300 kW).
Selain daripada peningkatan ini, serta rim 19 inci baru dan warna Vapour Grey, VCM juga mengubah spesifikasi C40 Recharge 2024 pasaran Malaysia. Ia kini datang dengan lampu utama LED projector matriks, dan mempunyai fungsi lampu tinggi adaptif.
Walaupun dengan semua penambahan ini, harga C40 Recharge masih lagi kekal sama, iaitu RM288,888 tidak termasuk insurans. Dengan jumlah ini, pelanggan juga menerima jaminan kenderaan lima tahun tanpa had batuan, jaminan bateri lapan tahun atau 160,000 km, pakej servis lima tahun atau 100,000 km dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.
- Rear-wheel drive, more range and faster charging for fully electric Volvo C40 and XC40 models
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.