Allianz EV Shield – pakej insuran khas untuk EV, tawar perlindungan pengecas mudah alih pertama di M’sia

Allianz EV Shield – pakej insuran khas untuk EV, tawar perlindungan pengecas mudah alih pertama di M’sia

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah melancarkan satu produk insurans baharu yang diberi nama Allianz EV Shield, iaitu pakej insuran khas untuk melindungi kenderaan elektrik (EV) yang didakwa pertama seumpamanya di Malaysia.

Menerusi pakej insuran ini, pemilik-pemilik EV bakal menerima pelbagai manfaat khas yang melindungi pelbagai titik sentuh berkaitan mengecas EV termasuk RM15,000 untuk kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran, kecurian dan bencana alam terhadap kotak dinding pengecas dan RM2,000 untuk kerosakan akibat kebakaran, kecurian dan bencana alam terhadap kabel pengecas mudah alih.

Jika kejadian yang tidak diingini berlaku ketika menggunakan Pengecas EV awam, satu pakej perlindungan Ehsan sehingga RM5,000 akan diberikan kepada pelanggan untuk kos pembaikan atau untuk perbelanjaan perubatan jika kenderaan rosak dan orang yang diinsuranskan mengalami kecederaan anggota badan.

Selain itu, orang yang diinsuranskan dilindungi sehingga RM50,000 untuk kecederaan anggota badan pihak ketiga dan kerosakan harta yang disebabkan oleh penggunaan langsung pengecas dinding EV di rumah oleh orang yang diinsuranskan.

Allianz EV Shield – pakej insuran khas untuk EV, tawar perlindungan pengecas mudah alih pertama di M’sia

Apa yang lebih menarik Allianz EV Shield ini turut menyediakan perkhidmatan mengecas mudah alih yang boleh EV yang ‘tersadai di tepi jalan’ kerana kehabisan cas untuk sampai ke fasiliti mengecas yang terdekat. Khidmat ini akan disediakan menerusi pasukan Allianz EV Rangers yang telah memulakan tugasnya di kawasan Lembah Klang, dan turut didakwa merupakan perkhidmatan pertama seumpamanya dalam industri.

“Allianz General terus memperhalusi bantuan tepi jalan dan mengutamakan pelanggan. Dengan produk terbaru kami, kami telah mengenal pasti titik sentuh yang biasa dihadapi oleh pelanggan dan telah mereka penyelesaian yang menyeluruh. Misalnya, jika anda kehabisan bateri dalam perjalanan untuk menaiki pesawat, Allianz EV Rangers kami akan segera sampai kepada anda, cas bateri EV anda dan anda boleh meneruskan perjalanan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Sean Wang.

“Dengan Perlindungan EV kami, pelanggan kami akan diberikan pengalaman yang premium yang disukai mereka. Jika berlaku kemalangan, serahkan sahaja kepada Allianz Road Rangers untuk menguruskannya. Pelanggan kami tidak akan dipaksa untuk berdepan dengan ugutan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang memaksa mangsa untuk membawa kenderaan mereka ke bengkel yang tidak bertauliah. Kami bekerja keras untuk memastikan pelanggan tidak mengalami kesulitan selepas kemalangan atau kerosakan kereta mereka.” tambahnya lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required