Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur telah mengumumkan beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup pada Ahad ini, 3 Mac, bagi memberi laluan sempena penganjuran acara kayuhan berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur (KL) 2024.
Di mana penutupan laluan utama berkenaan akan dilakukan secara berperingkat mulai jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi iaitu sebaik sahaja acara berkenaan tamat.
Menurut JSPT KL, laluan yang terlibat adalah Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Mushi Abdullah, Jalan Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Perak.
Selain itu, ia juga melibatkan Jalan P Ramlee, Jalan Kuching, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Parlimen, Persiaran Sultan Salahuddin, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Kinabalu, Jalan Lembah dan Jalan Sultan Hishamuddin.
Untuk penganjuran OCBC Cycle KL 2024 edisi kelapan ini, ia akan disertai lebih 2,700 peserta yang melibatkan dua kategori iaitu kayuhan sejauh 21 km dan 42 km (dua pusingan). Di mana para peserta akan melewati beberapa bangunan ikonik KL termasuklah Bangunan Sultan Abdul Samad, KLCC, Tugu Negara, Masjid Negara dan juga Menara OCBC.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.