Mazda 2 langgar beberapa buah kereta di kawasan parkir di Kapar; angkara undur secara laju- Polis

Mazda 2 langgar beberapa buah kereta di kawasan parkir di Kapar; angkara undur secara laju- Polis

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kejadian seorang pemandu merempuh beberapa buah kereta di Jalan Padang dari arah Jalan Bukit Kapar 1 menghala ke Jalan Kapar, yang berlaku kira-kira jam 7.30 malam semalam, 28 Februari.

Menurut S. Vijaya Rao, pihaknya juga telah mengesan sebuah video berdurasi 17 saat yang dimuat naik di laman TikTok yang memaparkan kejadian kemalangan itu.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila seorang perempuan Cina telah tertekan pedal minyak ketika hendak keluar daripada kotak parkir sebelum melanggar sebuah kereta yang berada di hadapannya. Beliau yang dalam keadaan cemas serta terkejut telah menukar gear undur lalu mengundur secara laju sebelum melanggar dua buah kereta lagi yang diparkir di tepi jalan.

“Tiada kemalangan jiwa serta kecederaan dilaporkan dan kesemua pihak yang terlibat telah membuat laporan pada hari yang sama,” katanya sambil menambah kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Low Wee Hong di talian 017- 674 7946 bagi membantu siasatan. Orang ramai juga dinasihatkan sepaya memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya,” katanya lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required