Nikmati pembiayaan kenderaan serba mudah dengan EON Capital – platform dalam talian serba lengkap

Menguruskan pembiayaan kenderaan baru biasanya adalah satu kerja yang leceh. Anda perlu beratur di bank, susun dokumen yang perlu dihantar dan menunggu pinjaman diluluskan. Semua ini boleh mengganggu keterujaan memiliki kenderaan baru.

Di sinilah EON Capital dapat membantu – ia adalah satu platform pembiayaan automotif dalam talian serba lengkap yang direka untuk memudahkan proses permohonan pembiayaan kenderaan baru. Ia boleh digunakan untuk mana-mana jenama di bawah EON seperti Proton, Volkswagen, Mitsubishi, smart, Audi, Isuzu dan juga “sahabat” EON, Honda.

Nikmati pembiayaan kenderaan serba mudah dengan EON Capital – platform dalam talian serba lengkap

Tersedia sepanjang masa (24/7) untuk kemudahan maksimum, platform dalam talian EON Capital yang mesra pengguna ini membenarkan anda untuk memohon pinjaman secara digital menggunakan Optical Character Recognition (OCR), pada bila-bila masa. Ia juga menawarkan servis lain seperti penilaian kredit dan membuat keputusan (integrasi terus dengan Biro Kredit Malaysia), pengurusan dokumen, kalkulator kewangan, integrasi pasaran serta jejak langsung status permohonan anda.

Melalui EON Capital juga, anda tidak perlu berhadapan dengan sebarang kertas kerja – semuanya dibuat atas talian dan dokumen boleh dihantar secara digital untuk memberikan pengalaman yang lancar dan serba mudah. Selain daripada itu, anda juga boleh menjangkakan kelulusan yang pantas melalui infrastruktur bersepadu EON, bersama kadar menarik dan terma pinjaman yang fleksibel. Anda juga boleh memohon insurans kenderaan dan akses kepada servis selepas jualan melalui laman web EON.

Nikmati pembiayaan kenderaan serba mudah dengan EON Capital – platform dalam talian serba lengkap

Untuk mengalami sendiri apa yang ditawarkan oleh EON Capital, kunjungi EON & Sahabat Autofest hujung minggu ini, dari 1 Mac hingga 3 Mac 2024 di EON Glenmarie. Di sana, anda boleh mendekati semua jenama di bawah EON dan menikmati diskaun hebat, rebat serta tawaran jual-beli kenderaan. Anda juga boleh balik dengan kereta baru pada hari sama, hasil daripada skim pembiayaan pantas dan mudah EON Capital.

Acara ini juga akan menjadi tapak bazar bersempena sambutan Hari Raya nanti, dengan jualan pelbagai barangan dan makanan, serta aktiviti untuk kanak-kanak. Anda juga boleh merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk Proton S70 serba baru, dan pelbagai lagi. Daftar untuk EON & Sahabat Autofest di sini.