Seleweng ujian emisi: kerajaan Jepun izinkan Toyota Industries sambung semula produksi model diesel

Seleweng ujian emisi: kerajaan Jepun izinkan Toyota Industries sambung semula produksi model diesel

Ini perkembangan terkini susulan penyelewengan ujian pensijilan emisi bagi beberapa enjin diesel yang dihasilkan oleh anak syarikat Toyota, Toyota Industries Corporation (TICO) yang dikesan baru-baru ini – Toyota mengumumkan bahawa kementerian pengangkutan Jepun telah pun menamatkan penangguhan sementara bagi penghantaran enjin-enjin yang dihasilkan oleh TICO tersebut, dan ia sudah boleh dibekalkan semula kepada kilang-kilang pemasangan Toyota yang terlibat.

Oleh itu produksi bagi model-model terjejas termasuk Toyota Hiace, Ace dan Granace yang dihasilkan di barisan produksi #1 Kilang Inabe dan juga di barisan produksi kilang Gifu Auto Body kini sudah boleh disambung semula.

Isu penyelewengan ujian pensijilan emisi ini dibangkitkan apabila suruhanjaya siasatan khas menemui jumlah kuasa kuda yang dihasilkan oleh enjin-enjin yang diuji berkenaan dinilai menggunakan kotak komputer enjin (ECU) yang menggunakan perisian berbeza dalam ujian penghasilan kuasa kuda berbanding yang dilengkapkan pada model produksi sebenar yang dijual dalam pasaran.

Seleweng ujian emisi: kerajaan Jepun izinkan Toyota Industries sambung semula produksi model diesel

Ia dibuat bagi memastikan enjin berkenaan menghasilkan nilai-nilai yang diukur nampak lebih lancar dan kurang variasi ketika ujian prestasi tersebut dijalankan.

Januari lalu Toyota mengesahkan bahawa 10 model kenderaannya terjejas kerana menggunakan enjin-enjin yang terlibat dalam penyelewengan tersebut secara global iaitu enjin 1GD, 2GD dan F33A, di mana enam daripada model itu dijual pada pasaran domestik Jepun.

Enjin 1GD 2.8 liter merupakan enjin yang digunakan pada Land Cruiser Prado yang dibuat bermula Ogos 2020, HiAce/GranAce/Bongo Brawny bermula 2017 dan Hino Dyna/Dutro bermula Mei 2021, dan juga Hilux yang dibuat di Thailand serta Fortuner yang dibuat di Indonesia bermula Mei 2020.

Seleweng ujian emisi: kerajaan Jepun izinkan Toyota Industries sambung semula produksi model diesel

Enjin 2GD 2.4 liter pula merupakan enjin yang digunakan pada Toyota Hilux yang dipasang di Thailand dan Toyota Innova yang dipasang di India bermula Mei 2020. Manakala enjin F33A 3.3 liter V6 pula adalah enjin yang dipasang pada Land Cruiser 300 dan LX 500d yang dipasang oleh Toyota Auto Body.

Menurut Toyota dalam kenyataan terbaharu yang dikeluarkan ini, produksi bagi Land Cruiser 300 dengan enjin diesel bagi pasaran luar negara telah pun disambung semula, manakala penghantaran kepada pelanggan domestik juga telah dibuat semula selepas pengumuman itu dibuat.

Toyota turut menyatakan bahawa penghantaran trak pikap Hilux yang diproduksi di Thailand ke Jepun juga akan disambung semula pada 4 Mac nanti.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required