smart bakal miliki 13 wakil pengedaran, termasuk cawangan pertama di M’sia Timur – Brabus paling laris

smart bakal miliki 13 wakil pengedaran, termasuk cawangan pertama di M’sia Timur – Brabus paling laris

smart Malaysia telah meraikan 100 hari pelancaran smart #1 di pasaran hari ini.”Kami berterima kasih atas sokongan pelanggan dan. Kami akan terus mengekalkan fokus kami untuk mengutamakan keperluan pelanggan, memastikan setiap interaksi dengan jenama kami adalah positif dan tidak dapat dilupakan,” kata CEO Zhang Qiang.

Sebagai jenama bagi EV semata-mata, hasil kerjasama antara Geely dan Mercedes-Benz Malaysia, smart Malaysia bakal memiliki 13 wakil pengedaran tidak lama lagi, berbanding 10 cawangan pada tahun 2023. Malah salah satu cawangan yang bakal dibuka adalah penubuhan pusat pertamanya di Malaysia Timur.

smart Malaysia juga berkomitmen untuk memperluas infrastruktur pengecasan dan menjalin kerjasama dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk EV di seluruh negara. Dengan 70% data stesen pengecasan telah disepadukan ke dalam aplikasi Hello smart, pemilik EV boleh menjangkakan liputan yang lebih luas melalui kerjasama dengan pihak-pihak utama dalam ekosistem EV.

smart bakal miliki 13 wakil pengedaran, termasuk cawangan pertama di M’sia Timur – Brabus paling laris

Kerjasama ini akan memudahkan akses kepada kemudahan pengecasan di seluruh negara, seterusnya menyokong penggunaan EV. Selain itu, aplikasi yang dikemaskini kini memudahkan pembayaran menggunakan kad debit atau kredit, membolehkan pemilik membayar dan mengecas kenderaan mereka atau membeli data internet dalam kenderaan secara langsung melalui aplikasi.

Selain penerimaan jenama ini di pasaran tempatan, smart Malaysia turut memaklumkan bahawa model tertinggi bagi smart #1 iaitu versi Brabus menjadi varian poling laris di Malaysia setakat ini. Dengan harga RM249,000, #1 Brabu memiliki larasan dwi-motor AWD dengan keupayaan menghamburkan kuasa hingga 428 PS (315 kW) dan tork 543 Nm, membolehkannya dipecut dari 0-100 km/j dalam 3.9 saat. Manakala bagi varian Pro (RM189,000) dan Premium (RM219,000) pula ditampilkan dengan motor belakang dengan 272 PS (200 kW) dan 343 Nm, dengan 0-100 kkm/j mengambil masa 6.7 saat.

smart #1 menggunakan bateri lithium nickel manganese cobalt oxide (NMC) 66-kWh yang menyediakan jarak perjalanan sejauh 440 km mengikut kitaran WLTP. Kadar pengecasan maksimumnya ialah 150 kW DC, dengan pengecas yang serasi, status bateri dari 10%-80% boleh dicapai dalam masa 30 minit. Manakala jika menggunakan pengecas AC pula, dengan kapasiti 22 kW, status pengecasan dari 10%-80% boleh dicapai dalam masa tiga jam.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required