Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bakal menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 50% pada 7 hingga 8 Mac 2024. Ia adalah susulan penganjuran Program PDRM Bersama Masyarakat sempena Temasya Sukan Piala Ketua Polis Negara (KPN) Tahun 2024 anjuran Majlis Sukan PDRM dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. Di mana kaunter saman trafik berkenaan dibuka di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru dari jam 9 pagi hingga 10 malam pada tarikh berkenaan.
Walau bagaimana pun, pemberian diskaun saman ini tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya dan saman memotong di garisan kembar
Ini termasuk juga dengan saman Kemalangan, saman Non Compund (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan lori, saman ubahsuai ekzos dan saman Ops Selamat tahun semasa.
Jadi, jika anda berada di Johor Bahru atau kawasan sekitarnya pada tarikh berkenaan, jangan lupa ambil peluang ini untuk mendapatkan kadar diskaun bagi saman trafik terpilih. Selain itu banyak acara menarik turut diadakan khas untuk para pengunjung termasuk cabutan bertuah, pameran Jabatan PDRM dan agensi kerajaan, jualan produk dan pemeriksaan kesihatan.
Program PDRM Bersama Masyarakat sempena Temasya Sukan Piala KPN 2024 ini diadakan bermula 4 hingga 8 Mac 2024, dengan lokasi utamanya di stadium hoki berkenaan. Namun terdapat beberapa acara perlawanan sukan turut diadakan di beberapa lokasi berbeza, semak jadualnya menerusi foto di atas. Pengunjung boleh hadir memberi sorakan kepada enam acara sukan PDRM yang dipertandingkan iaitu ragbi, hoki, bola sepak, basikal, tarik tali dan olahraga di lokasi yang dinyatakan.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.