Honda Civic dipandu wanita berusia 75 tahun dikesan melawan arus di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam

Honda Civic dipandu wanita berusia 75 tahun dikesan melawan arus di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh mengesahkan pihaknya telah menahan seorang wanita warga emas berusia 75 tahun bagi membantu siasatan selepas dipercayai memandu sebuah kereta secara berlawanan arus di Kilometer 9, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam beberapa hari lalu. Ia dikesan selepas video berdurasi 13 saat yang memaparkan kejadian tersebut tular di laman media sosial.

“Wanita berusia 75 tahun itu ditahan selepas dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Iskandar Puteri sejurus video tersebut tular di media sosial. Kejadian dipercayai berlaku antara jam 12 tengah malam hingga 2.50 pagi semalam, dan kita menahan seorang suspek wanita kira-kira jam 4.11 petang kelmarin bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal mendapati wanita itu tidak memandu di bawah pengaruh alkohol, sebaliknya dia disyaki mengalami masalah kesihatan iaitu dementia,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dalam masa yang sama, beliau turut menasihatkan orang awam supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dijalankan.

Sebelum ini Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memberikan peringatan bahawa memandu melawan arus adalah satu kesalahan, di mana tindakan boleh diambil terhadap pemantu atau penunggang jika didapati bersalah di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020.

Ini termasuklah pemanduan yang melulu dan berbahaya, dan mereka yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun, dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000. Individu yang disabitkan kesalahan di bawah seksyen ini juga boleh hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu untuk tempoh lima tahun dari tarikh sabitan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required