Kelantan bakal wujudkan dua stesen minyak tanpa subsidi di Rantau Panjang dan Jeli – KPDN

Kelantan bakal wujudkan dua stesen minyak tanpa subsidi di Rantau Panjang dan Jeli – KPDN

Tidak lama lagi Kelantan bakal mewujudkan dua stesen minyak tanpa subsidi dengan memilih lokasi di daerah Rantau Panjang dan Jeli. Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail, stesen minyak tanpa subsidi itu bertujuan bagi mengelakkan ketirisan dan penyelewengan bahan api ke negara jiran. Selain itu, ia juga bagi mengatasi aktiviti menempatkan kenderaan asing mengisi minyak di stesen terpilih.

“Dengan adanya stesen berkenaan, semua kenderaan asing tidak boleh mengisi minyak di stesen lain kecuali stesen minyak tanpa subsidi. Kita sedang tunggu keputusan pihak Kementerian Kewangan untuk kelulusan. Stesen minyak tanpa subsidi ini sudah dibuat di Padang Besar, Perlis,” katanya.

Beliau turut berkata, di Jeli, stesen minyak berkenaan sudah dilaksanakan namun belum ditukar kepada bukan subsidi, laporan Harian Metro.

Kelantan bakal wujudkan dua stesen minyak tanpa subsidi di Rantau Panjang dan Jeli – KPDN

Sejak 1 Februari 2023, KPDN melarang semua kenderaan dengan nombor pendaftaran asing daripada mengisi diesel bersubsidi di seluruh stesen minyak di Perlis. Sebelum ini, hanya petrol RON 95 bersubsidi yang dilarang penjualannya kepada kenderaan asing manakala penjualan diesel bersubsidi pula hanya dihadkan kepada 20 liter sahaja.

KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar arahan selepas tempoh advokasi selama 14 hari dengan mengambil tindakan tegas termasuk mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan perundangan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Di mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM1 juta, manakala kesalahan berikutnya denda tidak lebih RM3 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Untuk syarikat pula, jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM2 juta dan bagi kesalahan berikutnya denda tidak lebih RM5 juta.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required