Aktiviti menjual ‘pakej gerenti lulus’, lesen ‘terbang’ dan lesen ‘kopi O’ perlu dihapuskan – Menteri MOT

Aktiviti menjual ‘pakej gerenti lulus’, lesen ‘terbang’ dan lesen ‘kopi O’  perlu dihapuskan – Menteri MOT

Aktiviti menjual ‘pakej gerenti lulus’ atau pengambilan lesen terbang dan lesen ‘kopi O’ kepada calon memandu bukanlah suatu perkara yang baru. Malah aktiviti sebegini telah lama dipraktikkan oleh banyak institut memandu yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengikut tata kelola yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Walau bagaimana pun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan aktiviti menjual lesen kepada calon tidak melepasi ujian ditetapkan di institut memandu adalah perkara serius yang tidak boleh dipandang ringan dan ia perlu dihapuskan, laporan Harian Metro.

“Ada istilah lama seperti kena pau, guarantee lulus dan macam-macam. Ini saya dah cakap berkali-kali nak hapuskan lesen pau ini. Tiada lagi jaminan melalui sistem eTesting kerana tidak berlaku interaksi antara pegawai dan calon. Semuanya akan diuji melalui komputer. Kalau katakan orang itu gagal, komputer akan terus keluar gagal.

“Jadi tiada lagi isu bahawa kita membenarkan orang itu lulus kalau dia gagal. Ini yang kita harapkan selain mempertahankan kredibiliti JPJ, kita tak nak pegawai JPJ dimomokkan dan didakwa macam-macam,” katanya.

Semalam beliau mengumumkan Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting) akan diperkenalkan mulai April ini. Di mana prestasi calon ujian memandu akan diukur menggunakan alat sensor dan kamera, serta keputusan akan dijana secara masa nyata (real-time), sekaligus meningkatkan integriti proses penilaian. Walau bagaimana pun, calon ujian memandu diberi pilihan untuk menjalani ujian biasa atau eTesting ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required