K’jaan Johor rancang buka semula litar Pasir Gudang

K’jaan Johor rancang buka semula litar Pasir Gudang

Untuk kaki-kaki litar di Johor, anda mungkin ada dengar khabar angin bahawa Litar Pasir Gudang yang ditutup sejak sembilan tahun lalu bakal dibuka semula baru-baru ini bukan? Dan ini adalah berita rasmi berkenaan perkara tersebut – Bernama melaporkan bahawa Kerajaan Johor kini sememangnya merancang untuk membuka semula litar berkenaan!

Menurut laporan itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Mohd Hairi Mad Shah mengesahkan bahawa beliau bersama Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi akan menghadap Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dalam masa terdekat bagi mempersembahkan perancangan untuk membuka semula litar itu.

Tambah beliau lagi, pembukaan semula litar berkenaan yang akan menelan kos tinggi dapat menjadi gelanggang latihan untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team yang disertai pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah. Pasukan itu akan bermula dengan perlumbaan Asia Road Racing Championship dengan hasrat untuk bersaing dalam perlumbaan Superbike World Championship pada masa hadapan.

“Apabila ada JDT Racing Team di Johor, ramai yang bertanya mengenai Litar Pasir Gudang, namun (mengikut) kajian semula, ia akan babitkan kos yang agak tinggi untuk baik pulih.

“Jadi, insya-Allah saya dan Menteri Besar akan menghadap Pemangku Sultan Johor untuk dipertimbangkan litar ini dibuka semula bagi latihan Hafizh Syahrin dan penggiat permotoran dalam masa terdekat,” katanya semalam selepas diminta mengulas mengenai khabar angin pembukaan semula litar itu.

Beliau juga turut berharap pembukaan semula litar itu dapat merancakkan lagi sukan permotoran, sekali gus menjadi lokasi pilihan penggiat sukan itu.

Litar Pasir Gudang merupakan litar ikonik yang berada di Selatan tanah air, dan pernah melahirkan ramai pelumba antarabangsa di kalangan anak jati Johor. Ia juga pernah menganjurkan perlumbaan yang menarik penyertaan pelumba luar seperti Johor Race Series, Asia Festival of Speed (AFOS) serta pernah menjadi menganjurkan Grand Prix Motosikal Dunia pada tahun 1998.

Litar berkenaan dikhabarkan hanya akan ditutup sementara pada 2016 untuk kerja-kerja naik taraf, namun ia terbiar selepas itu tanpa tanda-tanda bakal dibuka semula.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required