Sistem MySubsidi Diesel 2.0 mulai esok – tambah 9 jenis kenderaan pengangkutan darat, 5 stesen minyak

Sistem MySubsidi Diesel 2.0 mulai esok – tambah 9 jenis kenderaan pengangkutan darat, 5 stesen minyak

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memutuskan untuk memperluaskan projek rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 kepada sembilan jenis kenderaan sektor pengangkutan darat barangan dan lima syarikat minyak mulai esok, 7 Mac 2024.

Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, sembilan jenis kenderaan itu membabitkan lori kargo am, lori minuman botol, lori sejuk beku, lori luton, lori tangki, lori tangki air, van panel dan van jenis window, laporan Bernama.

Jelasnya, menerusi pelaksanaan projek rintis fasa kedua itu, syarikat yang terbabit dalam sektor pengangkutan darat barangan, boleh membuat permohonan bermula jam 9 pagi esok melalui mysubsidi.kpdn.gov.my. Di mana terdapat dua peringkat permohonan iaitu dengan KPDN bagi tujuan kelulusan dan syarikat minyak untuk pengeluaran Fleet Card.

“Sebaik sahaja kelulusan diberikan, mereka boleh memohon dengan lima syarikat minyak mengikut pilihan sama ada Petronas, Shell, Caltex, BHP atau Petron,” katanya sambil menambah tempoh kelulusan permohonan KPDN adalah antara satu dan dua hari, manakala proses pengeluaran Fleet Card oleh syarikat minyak dianggarkan dua hingga empat minggu.

Sistem MySubsidi Diesel 2.0 mulai esok – tambah 9 jenis kenderaan pengangkutan darat, 5 stesen minyak

“Kita harap kerjasama daripada semua syarikat untuk mula buat permohonan esok supaya kita dapat pastikan Fleet Card boleh digunakan pada 1 April ini,” katanya.

Mengenai perancangan masa depan Projek Rintis SKDS 2.0, beliau berkata, KPDN dan Kementerian Kewangan (MoF) sedang meneliti keperluan bagi tujuan peluasan projek rintis itu ke Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) lain yang bersesuaian bagi menangani risiko ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi dengan lebih cekap dan efektif.

“Kaedah digital ini dapat membantu mengurangkan kos kawalan dan penguatkuasaan yang dibuat secara fizikal kerana kita sebelum ini guna tenaga fizikal iaitu dengan kira-kira 2,200 anggota penguat kuasa,” katanya.

Pada 1 Februari lalu, Armizan memaklumkan projek rintis SKDS 2.0 bagi sektor pengangkutan darat (barangan) membabitkan enam syarikat perintis berjalan dalam tempoh dua bulan bertujuan menyediakan mekanisme bagi penyasaran semula subsidi diesel yang dijangka dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required