Kerajaan luluskan RM50 juta lanjutkan lorong bas khas dan beli van perantara Demand Response Transit

Kerajaan luluskan RM50 juta lanjutkan lorong bas khas dan beli van perantara <em>Demand Response Transit</em>

Kerajaan Malaysia telah melulus dan menyalurkan peruntukan RM50 juta untuk melanjutkan rangkaian lorong khusus bas, serta untuk pembelian 100 van perantara Demand Response Transit (DRT) untuk kegunaan di Lembah Klang bermula September ini. Perkara ini dikongsikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, seperti dilaporkan Bernama. Ketika ini, ada dua perkhidmatan DRT di Malaysia — Kumpool dan Trek.

Kajian menunjukkan yang pelaksanaan lorong khusus untuk bas di Jalan Ampang dan Jalan Genting Klang sejak 3 Julai tahun lalu telah menunjukkan maklum balas positif terhadap penjimatan masa — ini dimaklumkan oleh Zahid sendiri yang turut bertindak selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya dan Kesesakan Trafik Kabinet (JKMKJR).

“Data menunjukkan ada penjimatan masa sehingga 18 minit bagi perjalanan bas di lokasi. Dan berdasarkan penjimatan itu, ada juga peningkatan pengguna harian sehingga 20% hingga 45%. Dengan keberkesanan pengurangan masa ini, berlaku juga peningkatan kekerapan bas dan penumpang harian. Untuk itu, JKMKJR mengambil keputusan untuk mengekalkan larong khas bas di Jalan Ampang dan Jalan Genting Klang tersebut,” ujar Zahid.

Jawatankuasa itu juga bersetuju untuk melanjutkan lorong khas bas ini ke Jalan Klang Lama bermula Jun tahun ini, dan untuk menjalankan kajian lorong bas di sepanjang Jalan Cheras, dari Taman Connaught hingga Jalan Pudu serta Lebuhraya Persekutuan, dari pusat bandaraya Kuala Lumpur hingga Shah Alam.

Selepas menerima maklumat daripada polis, DBKL dan JKR, jawatankuasa ini juga memutuskan untuk melaksana sistem penyuraian baru secara berperingkat untuk mengatasi masalah kesesakan di kawasan kritikal.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required