Kerajaan keluarkan data bagi rekod kematian akibat kemalangan setiap hari untuk tingkatkan kesedaran

Kerajaan keluarkan data bagi rekod kematian akibat kemalangan setiap hari untuk tingkatkan kesedaran

Bagi mempertingkatkan kesedaran terhadap keselamatan di jalan raya, kerajaan berhasrat untuk membuat statistik setiap hari mengenai kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian untuk pengetahuan umum. Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bekerjasama dengan polis bagi menyediakan data, dengan maklumat mengenai kematian kemalangan jalan raya dari hari sebelumnya dan ia akan dikeluarkan setiap hari.

“Kita mahu jadikan ini sebagai dasar supaya dapat disiarkan oleh semua media. Kami mengharapkan kerjasama semua media termasuk media cetak untuk menyebarkannya kepada umum bagi meningkatkan kesedaran,”katanya, seperti yang dilaporkan oleh The Star.

Beliau menambah bahawa data itu juga boleh diakses dalam talian, seperti yang dilakukan oleh laman web CovidNow, yang menyediakan kemaskini data berkaitan Covid-19 semasa pandemik. “Semasa Covid-19, data kematian dikeluarkan setiap hari. Laporan mestilah serupa dengan format tersebut. Kita mahu maklumkan kepada orang ramai bahawa kemalangan jalan raya sama bahayanya dengan Covid-19,” katanya.

Kerajaan keluarkan data bagi rekod kematian akibat kemalangan setiap hari untuk tingkatkan kesedaran

Keputusan untuk melaksanakan rancangan itu diputuskan berikutan mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai kesesakan lalu lintas dan keselamatan jalan raya yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. “Kami mahu mengubah minda,” katanya.

Berikutan statistik terkini mengenai kematian akibat kemalangan jalan raya bagi tahun 2023, Loke berkata ia mencatatkan sejumlah 6,443 kematian, lebih kurang purata 18 kematian setiap hari atau kematian setiap 80 minit, menjadikannya angka tertinggi dalam tempoh lima tahun.

“Daripada jumlah itu, hampir 2/3 daripadanya melibatkan kemalangan motosikal, dengan 4,448 kematian yang direkodkan pada tahun lalu. Dengan purata 12 kematian sehari dan bermakna setiap dua jam, berlaku kemalangan maut melibatkan motosikal,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required