Rivian R2 diperkenal – jarak gerak lebih 483 km, masuk pasaran Amerika Syarikat separuh pertama tahun 2026

Rivian R2 diperkenal – jarak gerak lebih 483 km, masuk pasaran Amerika Syarikat separuh pertama tahun 2026

Tiga tahun selepas membuat penampilan pertama melalui trak pikap elektrik R1T, Rivian kini mahu mengembangkan lagi barisan produk mereka dengan pengenalan model R2. Ia adalah lebih kecil berbanding satu lagi SUV daripada syarikat itu, R1S, dan meletakkan Tesla Model Y sebagai sasaran dalam segmennya.

Dibina atas platform saiz sederhana baru – bersama R3 dan R3X – R2 ini pada keseluruhannya memang nampak seperti R1S yang dikecilkan, dengan konsep badan berpetak yang sama dan juga lampunya. Ia mencatat ukuran panjang 4,715 mm dan tinggi 1,700 mm, menjadikannya 385 mm lebih pendek dan 137 mm lebih rendah berbanding R1S. Jarak pula 140 mm lebih pendek, iaitu 2,935 mm.

Satu ciri baru yang diletakkan pada R2 ini adalah tingkap tepi paling belakangnya boleh dibuka manakala cermin belakang pula boleh diturunkan untuk memberi pengalaman berbeza kepada pengguna. Sama seperti R1S, ia juga mempunyai ruang simpanan hadapan – bawah bonet – yang besar.

Konsep rekaan minimalis Rivian terus digunakan pada bahagian dalam R2, dengan papan pemuka berbentuk rata, skrin sesentuh tengah yang besar, panel instrumen digital lebar serta konsol tengah yang seakan terapung. Pada roda sterengnya anda boleh melihat dua butang kawalan berbentuk bulat yang dijadikan besar supaya mudah diguna.

Demi meningkatkan praktikaliti, bahagian kabin mempunyai banyak ruang meletak barang termasuk di tepi pintu yang menjadi lebih besar kerana pembesar suara tidak diletakkan di situ. Semua lima tempat duduk di dalam SUV ini boleh dilipat rata termasuk yang di hadapan.

Spesifikasi tidak banyak didedah tetapi Rivian mengesahkan R2 akan datang dengan versi yang menggunakan satu motor, dua motor dan tiga motor elektrik, dan semuanya boleh mencapai jarak gerak lebih 483 km. Apabila dicas menggunakan sumber DC, bateri boleh naik 10-80% dalam masa 30 minit.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required