Rivian R3, R3X diperkenal – pesaing Hyundai Ioniq 5 dengan tetapan sehingga 3 motor, jarak gerak 483 km

Rivian R3, R3X diperkenal – pesaing Hyundai Ioniq 5 dengan tetapan sehingga 3 motor, jarak gerak 483 km

Selain R2, Rivian juga telah mendedahkan satu lagi SUV elektrik yang menggunakan platform sama, tetapi lebih kecil, iaitu R3. Model ini hanya akan memasuki pasaran selepas R2 (tahun 2026) dan juga akan datang dengan versi lebih lasak dipanggil sebagai R3X.

Berkenaan harga, Rivian memberitahu, R3 akan ditawarkan lebih murah berbanding R2 yang dijangka dijual bermula pada USD45,000 (sekitar RM211k). Selepas ketiga-tiganya (R2, R3, R3X) diperkenalkan di pasaran Amerika Syarikat (AS), ia kemudiannya akan dijual di pasaran antarabangsa.

Walaupun berkongsi platform yang sama dengan R2, R3 ini nampak lebih pendek, lebih sporty dan mempunyai bentuk seakan hatchback yang ditinggikan. Ia kemudiannya diterapkan dengan konsep rekaan unik Rivian seperti di bahagian lampu, kemasan plastik hitam keliling kenderaan yang lebih tebal berbanding R2 dan spoiler belakang.

Bahagian dalam menampakkan rekaan yang sama seperti R2, termasuk skrin sesentuh melintang di tengah, panel instrumen digital, roda stereng dengan butang kawalan berbentuk bulat, banyak ruang letak barang serta bumbung panoramik yang besar. Tempat duduk bagaimanapun mempunyai kemasan lebih ranggi dan datang dengan beberapa pilihan.

Perincian untuk penggerak R3 masih belum didedahkan sepenuhnya, tetapi ia diberitahu akan datang dengan dua pek bateri yang mempunyai sel lebih besar (4695) berbanding Tesla (4680), boleh memberikan jarak gerak sehingga 483 km dan boleh dicas menggunakan sumber DC (10-80% dalam masa kurang 30 minit).

Sekali lagi sama seperti R2, R3 juga akan datang dengan pilihan versi satu motor (RWD), dua motor (AWD) atau tiga motor, dan datang dengan pelbagai sistem bantuan pemandu yang menggunakan 11 kamera, lima radar dan platform komputer yang lebih berkuasa.

GALERI: Rivian R3

GALERI: Rivian R3X

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required