Bilik pameran terbaharu jenama smart kini secara rasmi telah dibuka di Setia Alam. Diuruskan oleh Wheelcorp EV, bilik pameran tersebut menampilkan rekaan kontemporari dan persekitaran premium dengan keluasan 800 meter persegi serta menyediakan dua pengecas 150 kW DC untuk kegunaan pelanggan.
Selain dari ruang untuk mempamerkan pelbagai varian model pertama smart selepas dilancarkan semula ke Malaysia iaitu #1, smart Setia Alam turut menawarkan khidmat servis selepas jualan menerusi empat ruang kerja yang dibuat untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan rutin dan pembaikan khas.
“Pembukaan ini menandakan detik penting buat kami. Di smart Setia Alam, inovasi dan kepuasan pelanggan adalah teras kepada nilai kami. Saya teruja untuk mengalu-alukan kedua-dua pemilik smart sedia ada dan akan datang untuk merasai layanan kami serta produk dan perkhidmatan yang luar biasa,” kata Alvin Liew, prinsipal smart Setia Alam.
smart Setia Alam terletak di No. 1, Jalan Setia Murni U13/AH, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor. Ia dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 7 petang dari Isnin hingga Sabtu, sementara hari Ahad pula ia beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.