80% pembeli Proton dan Perodua pilih pembiayaan kenderaan dengan tempoh sehingga 9 tahun – kajian

80% pembeli Proton dan Perodua pilih pembiayaan kenderaan dengan tempoh sehingga 9 tahun – kajian

Dalam satu laporan penyelidikan yang dikeluarkan, AmInvestment Bank menyatakan bahawa 80 peratus dari pembeli kenderaan dari dua jenama nasional iaitu Proton dan Perodua di Malaysia memilih untuk menggunakan pembiayaan pembelian selama sembilan tahun, atau lebih lama sekirannya mereka diberikan pilihan tersebut.

Laporan yang dipetik oleh akhbar NST itu turut menyatakan bahawa Proton dan Perodua menjadi pilihan utama bagi kumpulan demografik berpendapatan sederhana dan rendah, dan kenderaan yang dibeli tersebut dianggap sebagai keperluan harian dan bukannya sebagai barang mewah.

“Keutamaan mereka adalah bayaran bulanan. Baki kewangan mereka dipengaruhi oleh kadar faedah semasa. Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengekalkan kadar OPR yang tidak berubah pada paras 3.0 peratus sejak Mei tahun lalu,” kata laporan itu.

AmInvestment Bank juga berkata permohonan dan kelulusan bagi pembiayaan kenderaan kini berada pada kadar yang tinggi, terutamanya untuk Perodua Myvi yang menerima permintaan tinggi di mana penghantaran tempahannya dari tahun lalu masih dibawa ke tahun ini.

80% pembeli Proton dan Perodua pilih pembiayaan kenderaan dengan tempoh sehingga 9 tahun – kajian

Badan penyelidikan bank berkenaan menjelaskan bahawa ini adalah kerana pembeli memerlukan segera kenderaan untuk kegunaan harian, selain dari risau kadar OPR akan naik pada masa hadapan yang pastinya akan turut menaikkan kos pemilikan kenderaan.

Selain dari kereta baharu, AmInvestment Bank turut menyatakan bahawa jualan bagi kenderaan terpakai turut tinggi buat masa sekarang, dan tiada tanda-tanda ia akan terjejas. Ini adalah kerana beberapa pengeluar kenderaan mengalami masalah rantaian pembekalan yang menyebabkan operasi di kilang terganggu, menyebabkan permintaan tinggi pada kereta terpakai.

“Jualan adalah kukuh, tetapi kebanyakkannya dalam segmen kereta mampu milik, terutamanya untuk model buatan Jepun dan tempatan.

“Selain itu, trend semasa juga menunjukkan pembeli mengelak pembelian kereta dengan kapasiti enjin yang besar. Ini mungkin disebabkan kebimbangan mengenai rasionalisasi subsidi bahan api,” kata laporan itu lagi.

80% pembeli Proton dan Perodua pilih pembiayaan kenderaan dengan tempoh sehingga 9 tahun – kajian

Dalam laporan sama, AmInvestment Bank juga menyatakan berdasarkan pemerhatian di bilik-bilik pameran kenderaan, permintaan terhadap kenderaan elektrik (EV) juga semakin meningkat di mana pembeli mula mengambilkira kos elektrik yang lebih murah berbanding bahan api.

Walau bagaimanapun, bank tersebut tidak menafikan EV kini masih lagi barang mewah yang dimiliki oleh golongan T10 sebagai ‘barang permainan’ untuk digunakan pada hujung minggu.

“Daripada semua EV (kenderaan elektrik) yang dibeli, pelanggan memilih tempoh pinjaman selama lima tahun, malah ada yang membayar tunai, yang merupakan amalan biasa dalam kalangan golongan elit T1.

“Tambahan pula, pelbagai pengecualian cukai seperti duti eksais, cukai jualan, dan cukai jalan menjadikan BEV sebagai pelaburan berbaloi untuk golongan elit,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required