Pembekal-pembekal komponen Proton dakwa terjejas kerana Proton ambil bekalan komponen dari China

Pembekal-pembekal komponen Proton dakwa terjejas kerana Proton ambil bekalan komponen dari China

Lebih dari 100 vendor komponen automotif Malaysia yang membekalkan komponen kepada jenama automotif nasional, Proton dilaporkan kini mengalami masalah kewangan yang teruk akibat perbelanjaan operasi yang semakin meningkat disebabkan tempahan yang semakin berkurangan, lapor New Straits Times.

Situasi itu telah mendorong Persatuan Vendor Proton (PVA) untuk bertemu dengan Proton dan meminta bantuan bagi menangani masalah yang menghimpit vendor-vendor terjejas. Namun menurut presiden Dewan Perniagaan Besar Fujian Malaysia Datuk Liu Guoquan, Proton tidak menunjukkan kesediaan untuk menangani isu tersebut.

Menurutnya banyak pembekal dan vendor sedang bergelut dengan masalah kewangan, terutamanya disebabkan oleh tempahan yang semakin berkurangan baru-baru ini. Beliau mengaitkan punca isu itu adalah kegagalan Proton memenuhi kuantiti pesanan alat ganti yang dijanjikan untuk model X50, X70 dan X90, yang telah mengakibatkan pengurangan 30% hingga 50% dalam kuantiti pengeluaran alat ganti.

Pembekal-pembekal komponen Proton dakwa terjejas kerana Proton ambil bekalan komponen dari China

Turut menyuarakan perkara yang sama adalah pembekal yang tidak mahu didedahkan namanya yang mendedahkan bahawa walaupun kontrak asal daripada Proton berjanji untuk mendapatkan bekalan alat ganti untuk 1,500 unit X90 sebulan, jumlah pesanan bulanan sebenar hanya antara 200 dan 300 unit.

Akibat kekurangan ini, Liu berkata banyak vendor mengalami masalah kewangan, memaksa sesetengah vendor terpaksa menghentikan terus operasi mereka. Tambahnya, jika keadaan itu berterusan, ia boleh menyebabkan kejatuhan banyak pembekal, menjejaskan kira-kira 50,000 pekerja di seluruh rantaian industri automotif.

Beliau mengkritik keputusan Proton kerana tidak memilih untuk menggunakan alat ganti pemasangan tempatan (CKD) berharga kompetitif dan sebaliknya mendapatkannya dari China, dengan alasan pembekal dari Malaysia enggan menurunkan harga. Liu menegaskan tindakan sedemikian telah merenggangkan lagi hubungan antara Proton dan persatuan vendor.

Bagi menjawab dakwaan dari laporan ini, Proton baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasminya seperti berikut:

KENYATAAN RASMI PROTON

Proton ingin memberikan respon terhadap laporan media baru-baru ini yang mengketengahkan cabaran yang dihadapi oleh vendor berkaitan dengan syarikat.

Di Proton, kami mewujudkan persekitaran perniagaan yang saksama dan saling hormat menghormati antara rakan kongsi kami yang dibina di atas komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap urusan perniagaan yang adil dan teguh.

Untuk mencapai matlamat ini, kami bekerjasama rapat dengan Persatuan Vendor Proton (PVA), wakil rasmi untuk semua 116 vendor Proton, yang kerap mengadakan perbincangan dan inisiatif bersama yang saling memberikan manfaat.

Kami faham terdapat kesukaran yang dihadapi oleh sesetengah vendor dan pintu kami sentiasa terbuka untuk terlibat dalam perbincangan yang saksama dengan semua ahli PVA, kecuali mereka yang tidak dapat memberikan bukti yang jelas mengenai isu yang dihadapi.

Adalah penting untuk menunjukkan Proton mempunyai sejarah dialog terbuka dan membina, dan kami tetap berdedikasi untuk meneruskan pendekatan ini untuk jangka masa panjang.

Kami menyedari kepentingan menyelesaikan perkara ini dengan cepat dengan bekerjasama rapat dengan semua pihak yang terlibat dan menjemput penglibatan melalui saluran rasmi untuk menyelesaikannya pada masa yang sesuai.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required