Honda Malaysia sasar jualan 95,000 unit untuk 2024 – terus fokus dengan teknologi hibrid e:HEV

Honda Malaysia sasar jualan 95,000 unit untuk 2024 – terus fokus dengan teknologi hibrid e:HEV

Honda Malaysia (HM) telah mengumumkan sasaran jualan bagi 2024 iaitu sebanyak 95,000 unit, membolehkannya mencapai 12.8% perkongsian pasaran daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) tahun ini.

Sasaran jualan bagi 2024 mewakili peningkatan sebanyak 19% berbanding 80,000 unit yang disasarkan untuk 2023, di mana ia telah berjaya menghantar lebih 80,000 unit pada tahun lalu. Pastinya syarikat ini akan berusaha gigih untuk mengekalkan kedudukan nombor satu dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional untuk tahun ke-11 berturut-turut.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, berkata, peningkatan jualan itu tetap disasarkan biarpun untuk tahun yang mencabar bagi industri automotif. “Walau bagaimana pun, Honda Malaysia tetap komited untuk memacu kejayaan ke tahap baharu tahun ini, berlandaskan pencapaian luar biasa kami pada 2023. Ini termasuklah pencapaian terbaharu kami untuk mengekalkan kedudukan No.1 dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional untuk 10 tahun berturut-turut sejak 2014,” katanya.

Honda Malaysia sasar jualan 95,000 unit untuk 2024 – terus fokus dengan teknologi hibrid e:HEV

Tambahnya, “Selain daripada itu, kami mencapai sasaran jualan tahun lepas sebanyak 80,000 unit walaupun menghadapi cabaran pada tahun 2023. Pencapaian luar biasa ini adalah disebabkan oleh pengenalan WR-V, City facelift dan CR-V serba baharu, yang kesemuanya mendapat penerimaan pasaran yang kukuh selepas pelancaran masing-masing.”

Untuk 2024, syarikat ini merancang untuk lebih fokus pada hibrid e:HEV, di mana model yang dikuasai teknologi ini telah menyumbang sebanyak 28% daripada keseluruhan jualan hibrid di Malaysia tahun lalu. Selain itu, Honda Malaysia juga menyasarkan untuk meneruskan transformasi dan naik taraf pusat perkhidmatannya kepada pusat sehenti.

Bukan itu sahaja, Honda Malaysia juga berkata akan melancarkan pelbagai aktiviti perniagaan untuk meningkatkan momentum jualannya, termasuk mempertingkatkan aktiviti mencari, memperluaskan kempen jualan kolaboratif dan mempromosikan manfaat pelan insurans automotif Honda Insurance Plus (HiP) komprehensifnya kepada pembeli. Syarikat itu juga bersedia untuk mengembangkan rangkaian Honda Certified Used Car (HCUC) ke-32 hab jualan di seluruh negara.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required