JPJ beri penjelasan punca gambar lesen memandu jadi berbeza dengan maklumat pemilik sebenar

JPJ beri penjelasan punca gambar lesen memandu jadi berbeza dengan maklumat pemilik sebenar

Ekoran isu tular menerusi laman media sosial ‘X’ mengenai paparan gambar pemilik Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) yang berlainan dengan maklumat pemilik sebenar baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah tampil mengeluarkan kenyataan mengenainya.

“Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa, perkara tersebut berlaku ketika pasukan teknologi maklumat melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang dibuat secara berkala bagi memastikan kelestarian sistem MyJPJ. Perkara ini telah diambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan serta merta,” kata JPJ yang dalam masa sama turut meminta maaf di atas kekhilafan tersebut.

Malahan JPJ juga mengesahkan dan memberi jaminan bahawa tiada sebarang unsur penyalahgunaan sistem mahupun kecurian identiti maklumat pemegang lesen memandu sebaliknya segala maklumat adalah terpelihara dan selamat.

“JPJ akan sentiasa menambah baik sistem dari semasa ke semasa bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan digital yang terbaik kepada rakyat,” tambahnya lagi.

Menerusi ciapan pemilik akaun ‘X’ Quenrose, dia mendapati maklumat dirinya memang terpapar dalam lesen memandu digital berkenaan tetapi disertakan wajah orang lain. Malah hasil carian maklumat, perkara yang sama turut berlaku terhadap beberapa individu lain, dengan wajah yang sama terpapar dalam lesen memandu digital berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required