Tambahan RM3.3b diperlukan untuk selenggara jalan persekutuan yang masih tertunggak – Menteri KKR

Tambahan RM3.3b diperlukan untuk selenggara jalan persekutuan yang masih tertunggak – Menteri KKR

Kos tambahan sebanyak RM3.3 bilion diperlukan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi kerja-kerja penyelenggaraan backlog (tertunggak) di jalan Persekutuan di seluruh negara, menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, seperti dilaporkan The Star.

Jelas beliau, jumlah kos tersebut akan digunakan untuk menyelenggara 3,821.03 km jalan persekutuan, dan ini termasuk pembaikan jalan berlubang, dan ia adalah tambahan kepada RM3.3 bilion yang telah digunakan untuk tujuan yang sama dalam tempoh dari 2018 hingga 2023.

“Peruntukan yang diberikan dalam tempoh ini masih belum dapat menyelesaikan masalah jalan rosak secara keseluruhan. Antara punca kerosakan jalan ialah peningkatan trafik di seluruh negara serta kenderaan berat yang terlebih muatan,” kata Nanta.

Tambahan RM3.3b diperlukan untuk selenggara jalan persekutuan yang masih tertunggak – Menteri KKR

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini bagi mengulas pertanyaan Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) mengenai tindakan yang telah atau yang akan diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah pembaikan jalan raya iaitu turapan bukan tampalan yang berlaku di Malaysia.

Nanta turut menambah bahawa “campuran khusus” baru digunakan untuk pembaikan jalan, dan campuran ini telah dibangunkan antara kementerian dan syarikat swasta. Antaranya asfalt ubah suai serbuk getah, campuran gentian super, dan asfalt mastik gentian.

Kilang yang mengeluarkan bahan itu telah diaudit oleh KKR, menurut Nanta. “Ini bagi memastikan kualiti bahan yang digunakan untuk adunan tersebut sepadan dengan keperluan dan piawaian yang ditetapkan kementerian untuk pembaikan jalan,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required