Sebagai sebahagian daripada promosi istimewa Hari Raya, Goodyear Malaysia menawarkan pemberian beg sandang laptop secara percuma untuk pelanggan yang membeli empat unit tayar Goodyear bersaiz 16-inci dan ke atas.
Promosi ini ditawarkan mulai hari ini, 15 Mac sehingga 15 Mei 2024, di semua kedai tayar Goodyear yang mengambil bahagian, sementara stok masih ada. Jangan lupa untuk mendaftar pembelian tayar tersebut dengan program Worry Free Assurance menerusi laman web Goodyear Malaysia untuk menikmati waranti selama setahun yang disebabkan bahaya di jalanraya dengan pertukaran ‘satu dengan satu’ sekiranya tayar rosak dan tidak dapat dibaiki akibat jalan berlubang dan/atau terkena objek tajam bagi tempoh satu tahun selepas pembelian.
Ia juga diberikan waranti terhad lima-tahun untuk kerosakan akibat pembuatan di kilang melibatkan mutu kerja atau penggunaan material, selain dua pemeriksaan tayar secara percuma untuk bulan ke-enam dan ke-12 selepas tarikh pembelian.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.