Volkswagen Golf Mk8.5 tidak dibawa ke Malaysia tahun ini, kata VPCM – edisi ulangtahun-50 hanyalah GTI Mk8

Volkswagen Golf Mk8.5 tidak dibawa ke Malaysia tahun ini, kata VPCM – edisi ulangtahun-50 hanyalah GTI Mk8

Awal minggu ini, kami melaporkan Pengarah Urusan VPCM Denyu Bostandzhiev membentangkan beberapa perancangan syarikatnya tahun ini, dan antara yang menarik perhatian adalah apabila beliau memberikan gambaran bahawa model kemaskini Volkswagen Golf generasi kelapan iaitu versi Mk8.5 facelift 2024 bakal dilancarkan di sini tidak lama lagi. Walau bagaimana pun, sumber dari VPCM telah menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku dalam tahun ini.

Senang cerita, model facelift itu tidak akan tiba di pasaran Malaysia sehingga seawal tahun hadapan. Ada relevannya juga, kerana pengeluaran model tersebut masih belum bermula, dan ia akan mengambil masa untuk memasang perkakasan bagi produksi unit pemasangan tempatan (CKD). Untuk pengetahuan anda, kilang HICOM di Pekan, Pahang adalah satu-satunya fasiliti pemasangan Golf di luar ibu pejabat Wolfsburg VW dan FAW di China.

Volkswagen Golf Mk8.5 tidak dibawa ke Malaysia tahun ini, kata VPCM – edisi ulangtahun-50 hanyalah GTI Mk8

Pemasangan Golf R Performance Mk8 secara CKD ditangguhkan disebabkan isu produksi dengan sistem AWD

Walau bagaimana pun, difahamkan, bagi meraikan ulang tahun setengah abad Golf, versi edisi istimewa bagi model semasa GTI Mk8 akan diperkenalkan. Unit terhad ini akan ditawarkan dengan pelekat, dan lencana yang unik, serta mungkinn disertakan beberapa kelengkapan tambahan untuk menampakkannya sebagai edisi istimewa.

Mengenai pengenalan Mk8.5, mungkin ada sedikit penangguhan kerana model Golf R Mk8 CKD yang dipertontonkan pada Ogos tahun lalu juga masih belum dilancarkan secara rasmi. Ketika ditanya mengenai kelewatan semasa pelancaran Touareg baru-baru ini, Bostandzhiev berkata ini disebabkan oleh isu pengeluaran yang berkaitan dengan sistem pacuan semua-roda hot hatch terbabit, sambil menambah bahawa ia akan mula dijual dalam “beberapa minggu lagi.”

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required