Auto Bavaria Chan Sow Lin telah dilancarkan

Auto Bavaria Chan Sow Lin telah dilancarkan

Auto Bavaria, rangkaian pengedar bertauliah BMW terbesar di Malaysia telah pun melancarkan bilik pameran terbaharunya yang telah ditambah baik, menampilkan kemudahan yang dinaik taraf dan perkhidmatan yang diperbaharui bersesuaian dengan pelanggan yang peka pada kemodenan. Terletak di Chan Sow Lin (CSL), bilik pameran yang dipertingkatkan ini mempamerkan kenderaan daripada portfolio BMW Premium Selection (BPS) serta MINI Used Car Next (MUCN).

Bilik pameran Auto Bavaria CSL yang terletak di No. 8, Jalan Dua, Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, yang dibina di kawasan seluas 35,000 kaki persegi, menempatkan ruang pameran, ruang perundingan pelanggan dan ruang hospitaliti utama, bar dan ruang rehat BMW yang mana pelanggan boleh beristirehat dan menyegarkan diri semasa lawatan.

Ia juga menampilkan ruang khas untuk alat ganti, aksesori dan gaya hidup, membolehkan pelanggan membuat tinjauan bagi pembaharuan kenderaan mereka yang seterusnya atau meneroka rangkaian barangan BMW dan MINI yang ikonik.

Auto Bavaria Chan Sow Lin telah dilancarkan

“Pembaharuan Auto Bavaria CSL mencerminkan komitmen BMW Group Malaysia untuk memajukan mobiliti individu premium melalui penambahbaikan dan peningkatan yang berterusan. Komitmen ini termasuklah penambahbaikan terhadap perkhidmatan dan kemudahan bilik pameran, serta penambahan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik.

“Auto Bavaria CSL memperlihatkan dedikasi kami untuk menawarkan pengalaman mewah kepada pelanggan dalam perjalanan pemilikan premium mereka, serta mengukuhkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk memberikan Sheer Driving Pleasure,” kata Benjamin Nagel, Pengarah Urusan di BMW Group Malaysia.

Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Auto Bavaria berkata, “Auto Bavaria CSL yang diberi nafas baharu ini
menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang canggih sejajar dengan pengalaman kami selama 36 tahun dalam menyampaikan Sheer Driving Pleasure, serta menegaskan komitmen kami untuk memberikan kecemerlangan tertinggi dalam khidmat pelanggan.”

Dengan pasukan yang terdiri daripada enam kakitangan yang berdedikasi, Auto Bavaria CSL menawarkan
perkhidmatan yang dipertingkatkan bertujuan memberikan pengalaman yang lebih lancar kepada pelanggan. Kemudahan asas seperti ruang jualan, ruang perkhidmatan perundingan, kawasan penerimaan kereta (RATC) dan kawasan serahan pelbagai fungsi disediakan secara strategik untuk kemudahan pelanggan.

Selaras dengan dedikasi BMW Group Malaysia untuk meningkatkan aksesibiliti terhadap infrastruktur pengecas, Auto Bavaria CSL memainkan peranan aktif dalam inisiatif tersebut dengan menyediakan kemudahan pengecas arus ulang alik (AC) dan arus terus (DC) di pusat pengedar ini. Usaha tersebut menegaskan visi dan komitmen bersama untuk memajukan mobiliti elektrik di Malaysia, dengan lebih 2,020 kemudahan pengecas kini tersedia di seluruh negara yang dikuasakan oleh kerjasama utama dengan pembekal pengecas kenderaan elektrik (EV) tempatan.

Auto Bavaria CSL beroperasi setiap hari antara 8 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat, dan
dari 8 pagi hingga 12.30 tengahari pada hari Sabtu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required