Polis laksana Op Selamat Siri 22 pada 8 hingga 13 April 2024 di seluruh negara sempena Aidilfitri

Polis laksana Op Selamat Siri 22 pada 8 hingga 13 April 2024 di seluruh negara sempena Aidilfitri

Bersempena dengan sambutan Aidilifitri yang bakal disambut pada pertengahan minggu hadapan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan penguatkuasaan Op Selamat Siri 22 mulai 8 hingga 13 April 2024 di seluruh negara dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’.

Justeru, pengguna jalan raya diingatkan supaya memandu dengan sabar, berhemah dan bertanggungjawab sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Tanamkan sifat berkenaan ketika memandu kenderaan demi insan tersayang serta menjamin keselamatan mereka di jalan raya. Sayangi diri dan keluarga anda, dan jauhi kemalangan,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam pelancaran secara maya yang disiarkan menerusi laman rasmi Facebook PDRM.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required