EVlution buka stesen pengecas EV sulung di RHB Centre KL — sasar 100 unit 1H 2024, 2k unit pada 2025

EVlution buka stesen pengecas EV sulung di RHB Centre KL — sasar 100 unit 1H 2024, 2k unit pada 2025

Ada sebuah lagi pengendali kemudahan pengecasan (CPO) EV diperkenalkan di Lembah Klang, dengan pengecas EVlution mula membuka kemudahan pertama mereka di RHB Centre, Kuala Lumpur hari ini. Terletak di ibu pejabat bank berkenaan di Jalan Tun Razak dan berseberangan TRX, kemudahan pengecasan itu dirasmikan hari ini oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sempena pameran RHB Green Week.

Syarikat ini mensasarkan 100 pengecas akan dipasang menjelang separuh pertama tahun 2024 ini. Ini merupakan sasaran yang agak agresif, dengan sasaran jangka panjangnya adalah untuk memasang 2,000 pengecas EV menjelang 2025.

EVlution buka stesen pengecas EV sulung di RHB Centre KL — sasar 100 unit 1H 2024, 2k unit pada 2025

“Misi kami di EVlution sangat jelas: untuk memberi sumbangan bermakna terhadap lanskap automotif Malaysia dengan menyediakan penyelesaian pengecasan yang mudah diakses, boleh diharap serta mapan. Kami meletakkan sasaran yang agak mencabar, dengan 100 pengecas beroperasi menjelang tengah tahun ini meliputi kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor,” jelas CEO EVlution, Jeffrey Ong.

“Lebih daripada itu, komitmen kami tidak hanya berhenti dengan menyediakan prasarana pengecasan: kami serius untuk mempromosi tenaga bersih dan diperbaharui. Bahkan, kami sedang berusaha membida di dalam pusingan kelima program Large Scale Solar (LSS) tahun ini, dan ia mengukuhkan lagi komitmen kami terhadap penyediaan tenaga mapan untuk masa depan yang lebih baik,” tambahnya.

EVlution buka stesen pengecas EV sulung di RHB Centre KL — sasar 100 unit 1H 2024, 2k unit pada 2025

EVlution memaklumkan bahawa mereka satu-satunya CPO di Malaysia yang menawarkan sistem pembayaran gabungan yang membolehkan pengguna membayar melalui aplikasi mudah alih EVlution atau kad debit/kredit. Syarikat itu menjalin usahasama dengan RHB Bank dan Mastercard — kad Visa bagaimanapun tetap boleh digunakan juga. Kempen promosi usahasama berkenaan sedang dirancang dan akan diumumkan nanti.

Sementara itu, RHB pula memaklumkan pihaknya telah menyediakan pembiayaan bagi lebih daripada 2,000 kenderaan hijau dengan jumlah sekitar RM325 juta setakat Disember 2023. Pembiayaan untuk EV, plug-in hybrid dan hibrid biasa pula adalah sehingga RM500,000, dengan kadar faedah serendah 2.1% setahun. Pengecas EVlution di lobi RHB Centre merupakan unit 22 kW AC oleh Autel, dengan kadar maksimum 40 sen seminit jika menggunakan lebih daripada 12 kW.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required