Laluan Smartlane diaktifkan di antara Tapah-Gopeng di Lebuhraya PLUS hari ini, hingga jam 7 malam

Laluan Smartlane diaktifkan di antara Tapah-Gopeng di Lebuhraya PLUS hari ini, hingga jam 7 malam

Pusat pengurusan trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan pengaktifan laluan Smartlane di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) iaitu antara Tapah dan Gopeng, arah utara ke Ipoh. Ini melibatkan laluan dari KM 303.2 hingga KM 297.0, bermula dari Gua Tempurung. Tempoh pengaktifan laluan Smartlane tersebut ialah hari ini (16 April) iaitu bermula jam 9 pagi tadi sehingga 7 malam ini.

Bagi yang tidak begitu mengetahui tentang kegunaan Smartlane ini, anda boleh rujuk video ringkas di bawah tentang penggunaan dan pengaktifannya. Smartlane ini adalah salah satu kaedah penyuraian aliran trafik dan hanya melibatkan laluan yang terpilih sahaja terutamanya yang sering mengalami kesesakan luar biasa.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required