Kerajaan Johor cadang bangunkan sistem ART bertingkat untuk atasi kesesakan lalu lintas di JB

Kerajaan Johor cadang bangunkan sistem ART bertingkat untuk atasi kesesakan lalu lintas di JB

Sistem Aliran Transit Automasi di China

Kerajaan Johor bercadang untuk melaksanakan Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat bagi mengatasi kesesakan di pusat bandar raya Johor Bahru yang semakin kritikal, laporan Bernama. Perkara ini juga telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan cadangan tersebut sudah disampaikan kepada Kerajaan Persekutuan bagi diperhalusi, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Di peringkat negeri, kita telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Raja Johor untuk melaksanakan ART bertingkat sebagai persediaan untuk menambah bilangan pelancong ke Singapura selepas Sistem Transit Rapid (RTS) siap,” kata Onn Hafiz.

Tambahnya, Johor Bahru juga memerlukan pelbagai pilihan pengangkutan awam bagi memudahkan pergerakan orang ramai masuk dan keluar bandar lancar. “Kerajaan Johor komited untuk mentransformasi sistem pengangkutannya melalui peningkatan penggunaan kenderaan elektrik termasuk dalam perkhidmatan awam,” katanya lagi.

Kerajaan Johor cadang bangunkan sistem ART bertingkat untuk atasi kesesakan lalu lintas di JB

Menurut beliau lagi, Kerajaan Johor juga akan melaksanakan inisiatif memperkenalkan bas elektrik melalui Perbadanan Pengangkutan Awam (PAJ) Johor. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Perkhidmatan Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama antara Malaysia-Singapura Melalui Tambak Johor semalam.

Penyedia perkhidmatan bas Handal Indah telah melabur sebanyak RM80 juta untuk pembelian 60 bas EV dan bagi membangunkan infrastruktur pengecasan untuk bas tersebut sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar.

Tiga laluan disediakan melibatkan Causeway Link CW3 dan CW4 (Johor Bahru ke Jurong East) serta CW6 (Johor Bahru ke Boon Lay). Handal Indah turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) atas penyediaan perkhidmatan bas elektrik rentas sempadan pertama di Malaysia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required