Perak daftar projek lebuhraya Tanjung Malim-Lumut bagi mudahkan produk AHTV dieksport melalui LuMIC

Perak daftar projek lebuhraya Tanjung Malim-Lumut bagi mudahkan produk AHTV dieksport melalui LuMIC

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang mengesahkan bahawa kerajaan negeri telahpun mendaftarkan projek lebuhraya baharu bagi menghubungkan Tanjung Malim ke Lumut, sebaik sahaja projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng-Kuala Kangsar diluluskan.

Menurut beliau dalam laporan Astro Awani, ini adalah rancangan jangka masa panjang yang berkaitan dengan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) yang bakal di bangunkan di Tanjung Malim, di mana lebuhraya berkenaan akan memudahkan pengangkutan logistik produk dari AHTV untuk dieksport keluar menerusi Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC).

“Jadi produk-produk yang dihasilkan di AHTV akan dihantar ke LUMiC untuk eksport dan kita akan perkasakan pelabuhan Lumut itu nanti,” katanya.

Beliau menjelaskan kerajaan negeri Perak telah menyenaraikan 10 projek untuk perhatian Kementerian Kewangan bagi dilaksanakan di negeri itu ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang ke Perak baru-baru ini, dan projek lebuhraya Tanjung Malim-Lumut ini adalah salah satu daripadanya.

Saarani juga memberitahu, pelaksanaan projek tersebut akan mengambil masa dan dijangka bermula bersama-sama pembangunan AHTV di Tanjung Malim. Bagaimanapun, katanya, sehingga kini belum ada sebarang perincian melibatkan jajaran dan jarak lebuh raya berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required