KTM umum perkhidmatan tren elektrik ETS bakal diperluas hingga ke Segamat, Johor bermula 1 Julai ini

KTM umum perkhidmatan tren elektrik ETS bakal diperluas hingga ke Segamat, Johor bermula 1 Julai ini

Keretapi Tanah Melayu (KTM) telah mengumumkan bahawa Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) syarikat itu akan diperluas hingga ke Segamat, Johor bermula 1 Julai ini. Buat masa sekarang, perkhidmatan ETS ini tersedia dari Padang Besar, Perlis sehingga ke Gemas, Negeri Sembilan. Jadi dengan pembukaan laluan tersebut kelak menjadi detik di mana ETS mula masuk ke Johor buat pertama kali.

Namun Segamat bukan titik penamat buat ETS kerana laporan pada September tahun lalu menyebut bahawa projek trek berkembar elektrik dari Gemas ke Johor Bahru akan siap sepenuhnya pada 2025.

“Keseluruhan projek ini memerlukan masa untuk disiapkan kerana ia telah tertangguh berkali-kali, terutamanya disebabkan oleh Covid 19, tetapi kini ia berada di landasan yang betul. Kami berharap projek ini dapat disiapkan secepat mungkin supaya ia dapat menghubungkan Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan sehingga ke Padang Besar,” kata menteri pengangkutan Anthony Loke pada September 2023, ketika itu projek ini berada pada tahap 92% siap.

KTM umum perkhidmatan tren elektrik ETS bakal diperluas hingga ke Segamat, Johor bermula 1 Julai ini

Dalam rancangannya, projek trek berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru ini membabitkan laluan sejauh 192 km dan mempunyai 11 hentian merentasi empat daerah utama di Johor iaitu Segamat, Kluang, Kulai dan berakhir di stesen JB Sentral Johor Bahru.

Selepas ia lengkap kelak, perjalanan dari stesen KL Sentral hingga JB Sentral hanya akan memakan masa selama tiga jam dan 30 minit. Anda juga boleh merentasi semenanjung Malaysia sepenuhnya dari Johor Bahru ke Padang Besar untuk ke sempadan Thailand menggunakan ETS ketika itu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required