Beijing 2024: Jaecoo J8 PHEV — SUV enam-tempat duduk, jana 605 hp/915 Nm, jarak EV 175 km

Beijing 2024: Jaecoo J8 PHEV — SUV enam-tempat duduk, jana 605 hp/915 Nm, jarak EV 175 km

Cabang kenderaan premium untuk Chery, Jaecoo turut memperkenalkan model J8 plug-in hybrid (PHEV) ketika Beijing Motor Show 2024, selepas dipertontonkan di Thailand bulan lalu. Versi enjin petrolnya juga sudah pernah ditunjuk di Malaysia awal tahun ini.

Versi PHEV ini menggunakan enjin 1.5 liter TGDi petrol khusus untuk model hibrid dengan sistem hibrid DHT tiga-kelajuan. Dengan dua motor elektik depan dan belakang, ia menjana sebanyak 605 hp dan 915 Nm tork, dan membolehkan SUV ini memecut 0-100 km/j dalam masa 5.4 saat.

Jaecoo J8 PHEV ini mampu memberikan pacuan elektrik sepenuhnya sejauh 175 km (NEDC), dan digabungkan dengan enjin petrol akan memberikan sehingga 1,321 km. Tiada perincian tentang kapasiti baterinya setakat ini, tetapi model ini datang dengan pengecasan pantas DC (port CCS2) serta ciri V2L juga.

Beijing 2024: Jaecoo J8 PHEV — SUV enam-tempat duduk, jana 605 hp/915 Nm, jarak EV 175 km

SUV ini mempunyai ukuran dimensi 4,820 mm panjang, 1,930 mm lebar dan 1,699 mm tinggi serta jarak roda 2,820 mm. Ini saiz yang 80 mm lebih pendek berbanding Mazda CX-8, tetapi 90 mm lebih lebar. Dan, J8 PHEV yang ditunjuk ini mempunyai tiga baris, enam-tempat duduk dengan dua kerusi kapten di barisan kedua.

Kelengkapan lain J8 PHEV ini termasuklah rim 20-inci, lampu LED, dua paparan 12-3-inci (kluster instrumen digital dan infotainmen), sistem kawalan pendingin dua zon dengan kawalan dan corong di belakang dan head-up display. Semua ini juga ada pada unit yang ditunjuk di Malaysia sebelum ini.

Model J8 versi petrol berkenaan dijangka masuk pasaran Malaysia pada suku keempat tahun ini, dengan harga yang berada sekitar RM200k.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required