Tesla Malaysia mengumumkan Tesla Cybertruck dipertontonkan untuk khalayak ramai di Tesla Experience Centre Pavilion Damansara Heights bermula hari ini (30 April) sehingga 17 Mei 2024. Waktu kunjungan adalah dari 10 pagi hingga 10 malam.
Cybertruck telah pun berada di Malaysia sejak minggu kedua bulan ini, dan telah digunakan untuk beberapa kempen teaser. Trak pikap elektrik keluli tahan karat ini sedang dalam siri jelajah Asian dan telah pun ‘berkunjung’ di China, Hong Kong dan Jepun.
Secara spesifiknya, Tesla Cybertruck ini dihasilkan dengan dimensi panjang 5,683 mm, lebar 2,032 mm, tinggi 1,796 mm dan jarak roda sejauh 3,635 mm. Jadi berbanding Hilux, Cybertruck ini adalah 358 mm lebih panjang, 132 mm lebih lebar serta mempunyai jarak roda 550 mm lebih jauh.
@paultancars #Tesla #Cybertruck ni, kereta paling gila! Setuju ke tak? #paultancars #paultan #carsoftiktok #cartok #cartiktok #ev #teslacybertruck #malaysia #viral #trending #fyp #foryou #foryoupage ♬ original sound – Paul Tan's Automotive News
Tiga varian ditawarkan untuk Tesla Cybertruck ini bermula dengan varian asas pacuan roda belakang yang boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 180 km/j. Dengan satu cas penuh, ia boleh bergerak sejauh 402 km.
Model yang dipamerkan di Malaysia ini adalah dari varian Foundation Series yang menampilkan motor berkembar memacu semua roda bagi memberikan kuasa keseluruhan 600 hp (441 kW), membolehkan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa hanya 4.3 saat. Manakala jarak geraknya pula adalah 547 km.
Varian paling berkuasa digelar sebagai Cyberbeast, dibekalkan dengan kuasa keseluruhan 840 hp (630 kW) bagi membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 2.7 saat dan mencapai kelajuan maksima 209 km/j. Satu cas penuh untuk model ini membolehkan ia bergerak sejauh 515 km.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.