Inginkan hobi yang mudah dipelajari dan menyertai trend sukan terkini? Volvo Car Malaysia ingin mempelawa anda untuk menyertai acara Volvo Padel Open. Dianjurkan dengan kerjasama semua gelanggang padel di Lembah Klang – ASCARO Padel & Social Club, Padelground dan PadelKu, kejohanan itu bakal menjadi pertandingan padel terbesar pertama di Malaysia. Dengan objektif untuk menggalakkan pemain baharu menceburi sukan padel – Volvo Padel Open menjanjikan masa yang baik sambil menggabungkan aspek kecerdasan dan keseronokan.
Dengan hadiah yang ditawarkan bernilai sehingga RM100,000, jangan ketinggalan untuk mendaftar bermula sekarang hingga 24 Mei 2024 untuk menempah tempat anda dengan yuran sekali bayar RM200 bagi setiap pasukan. Sekiranya pasukan anda mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemilik kenderaan Volvo, anda akan menikmati kadar istimewa dengan membayar hanya RM100. Pemain padel yang berminat boleh ikut serta dalam satu daripada tiga kategori yang dipertandingkan — Intermediate, Open dan Women’s — dengan semua ini menawarkan hadiah berbeza bagi pemenang tempat pertama dan kedua.
Menuju ke pusingan akhir pertandingan ini, turut akan diadakan ialah klinik kejurulatihan untuk mereka yang bertanding dalam kategori Terbuka dan Wanita di ketiga-tiga lokasi dari 1-2 Jun 2024, diikuti oleh kelayakan kategori Terbuka dari 8-9 Jun 2024. Finalis dari pusingan kelayakan Open itu akan menyertai kategori Intermediate dan Women’s untuk bersaing merebut hadiah utama yang akan berlangsung pada 15 Jun 2024 di ASCARO Padel & Social Club.
Jika anda belum pernah tahu tentang padel, ia merupakan sukan yang paling pesat berkembang di dunia yang telah menarik lebih 25 juta pemain di 110 negara. Tanah kelahiran Volvo, Sweden juga tidak terkecuali, dengan ribuan pemain di Sweden terlibat dalam sukan tersebut.
Sebelum pengenalan Volvo Padel Open, Volvo Car Malaysia adalah pendorong terawal sukan ini ketika ia menganjurkan acara sukan Koppla pertama tahun lalu — sebuah pertandingan mesra padel untuk pemilik kenderaan Volvo — bertempat di kelab padel dari Sweden yang pertama di Malaysia, ASCARO Padel & Social Club, sebagai meraikan pertumbuhan pesat sukan padel di sini.
“Kami di Volvo Car Malaysia melihat sinergi yang besar sukan ini disebabkan fokusnya terhadap manusia, pengalaman yang dipacu oleh gaya hidup serta inovasi teknologi yang berterusan. Kami berbangga untuk menjadi sebahagian daripada sukan yang sedang pesat berkembang ini, yang turut mempunyai akar sejarah panjang serta masa depan moden sama seperti cita-cita kami terhadap kenderaan elektrik kami,” ujar Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam, Volvo Car Malaysia, Patricia Yaw.
Sama ada anda pemilik kenderaan Volvo atau peminat padel, daftar di sini untuk menjadi sebahagian daripada sukan yang sedang rancak berkembang di Malaysia ketika ini!