JPJ Kelantan gesa orang awam rakam penunggang motosikal degil, lumba haram untuk diambil tindakan

JPJ Kelantan gesa orang awam rakam penunggang motosikal degil, lumba haram untuk diambil tindakan

Berikutan kekerapan kemalangan maut yang membabitkan penunggang motosikal di Kelantan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri berkenaan menggesa orang ramai agar merakam dan berkongsi video kesalahan yang dilakukan oleh golongan tersebut bagi membolehkan penguatkuasa jabatan itu mengambil tindakan segera.

Menurut Pengarah JPJ negeri Kelantan Mohd Misuari Abdullah dalam laporan Sinar Harian, jabatannya kini semakin bertegas dan akan mengambil pendekatan lebih agresif terhadap penunggang motosikal bagi membendung kesalahan di jalan raya termasuk aktiviti perlumbaan haram membabitkan golongan remaja.

“Kalau boleh rakam, silakan hantar kepada kami dan risikan akan terus dilakukan.

“Jika kesalahan itu melibatkan remaja bawah umur, ibu bapa selaku pemilik kenderaan akan dipanggil dan boleh dikenakan tindakan,” katanya ketika sidang akhbar Ops Lejang di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa semalam.

Menurutnya lagi JPJ terpaksa menekankan kepada remaja ini kerana mereka masih berdegil walaupun sudah mendapat pendedahan mengenai undang-undang jalan raya ketika mengambil lesen motosikal.

JPJ Kelantan gesa orang awam rakam penunggang motosikal degil, lumba haram untuk diambil tindakan

“Kita sudah lama bersabar dan melaksanakan advokasi melalui Unit Keselamatan Jalan Raya melalui kempen umum, pendidikan di sekolah dan pameran namun mereka lebih berminat mencabar undang-undang.

“Kita mewajibkan kelas sebelum mereka mengambil lesen kenderaan supaya tahu peraturan jalan raya dan kaedah memandu dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa penunggang-penunggang motosikal ini sebenarnya sudah terdidik dengan peraturan jalan raya tetapi berdegil untuk patuh pada peraturan. Beliau turut menasihatkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak yang memiliki motosikal serta mengenali rakan mereka bagi mengelak terlibat dengan aktiviti lumba haram.

Misuari juga menambah bahawa JPJ kelantan akan sentiasa mengadakan risikan dan tindakan penguatkuasaan dari masa ke masa membabitkan seluruh kawasan yang dikenal pasti bagi mengekang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required