GWM Tank 300 sudah tiba, dilancar pertengahan Julai

GWM Tank 300 sudah tiba, dilancar pertengahan Julai

Setelah mula dipertontonkan di sini sejak bulan Mac lalu, dan kemudiannya dibuka untuk tempahan pada Mei, unit GWM Tank 300 untuk pelanggan kini telah tiba di Pelabuhan Klang dan akan dilancarkan pada pertengahan Julai nanti serta akan mula diserahkan kepada pelanggan.

Dengan ini, GWM juga menawarkan pakej penyelenggaraan percuma selama lima-tahun atau 100,000 km (yang mana dahulu) bagi 300 pelanggan terawal SUV off-road ini. Selain itu juga, pemilik pertama GWM Tank 300 akan turut menerima jaminan enjin dan transmisi sepanjang hayat tanpa had perbatuan. Ketika pelancaran nanti, pembeli terawal ini juga akan menerima hadiah misteri.

Untuk pasaran tempatan, GWM Tank 300 dijangka ditawarkan dengan enjin 2.0 liter turbo empat-silinder sebaris petrol yang menjana sebanyak 220 PS (217 hp atau 162 kW) dan tork 380 Nm. Kuasanya disalurkan melalui transmisi automatik lapan-kelajuan dengan ciri pacuan semua roda kawalan elektronik separuh masa.

Antara ciri teknikalnya termasuklah sistem all-terrain control dengan sembilan mod pemanduan, sudut ramp 23.1° serta kebolehan mengharungi kedalaman maksimum 700 mm.

Di dalam, antara ciri kelengkapan yang diberikan ialah kluster instrumen digital 12.3-inci, skrin sesentuh 12.3-inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, kerusi balutan kulit Nappa, sistem bunyi Infinity bersama sembilan pembesar suara, pendingin hawa automatik dan dua lapisan kaca akustik (untuk tambah baik tahap NVH) serta banyak lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required