Honda Dash 125 diberi penampilan baru – RM6,599

Honda Dash 125 diberi penampilan baru – RM6,599

Honda Dash 125, yang kali terakhir diberi peningkatan ketara untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022 kini diperbaharui dengan tiga pilihan warna iaitu biru, merah dan perak. Harga cadangan yang dikeluarkan oleh Boon Siew Honda (BSH) Sdn Bhd adalah RM6,599 tidak termasuk insurans.

Bahagian lain pada motosikal ini tidak berubah, bermula dengan enjin, yang masih menggunakan unit satu silinder SOHC 124.9 cc dengan sistem suntikan bahan api PGM-Fi berkuasa 9.85 hp pada 8,000 rpm dan 9.54 Nm tork pada 6,500 rpm.

Melalui peningkatan yang dibuat pada tahun 2022, enjin ini sudah mematuhi tahap emisi Euro 4 dan ia dipadankan bersama transmisi empat kelajuan untuk menghantar kuasa kepada roda belakang.

Panel meter Dash 125 menggunakan unit analog, dan selain maklumat penting utama, ia juga ada memaparkan kedudukan gear di sebelah kanan. Satu kelebihan Dash 125, walaupun merupakan sebuah kapcai, ia masih menyediakan ruang simpanan di bawah tempat duduk, cukup untuk barangan kecil seperti baju hujan.

Kedua-dua brek hadapan dan belakang Wave 125 menggunakan unit cakera, dan ia melekap pada rim 17 inci yang dibalut tayar 70/90 di hadapan dan 80/90 di belakang. Kelengkapan lain yang disediakan adalah termasuk pemula enjin elektrik dan tendang, lampu depan LED dan tangki bahan api empat liter.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required