BHPetrol umum pemenang ‘Beli&Menang Ka-Ching’, peraduan ‘Pam & Beli Syoknya Menang’ bermula!

BHPetrol umum pemenang ‘Beli&Menang Ka-Ching’, peraduan ‘Pam & Beli Syoknya Menang’ bermula!

Selepas dua bulan Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang Ka-Ching’ tamat, hari ini Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi peraduan tersebut, berlangsung di stesen BHPetrol Jalan Meru 2, Klang awal hari ini.

Peraduan ini berlangsung dari 1 Mac hingga 30 April 2024 di stesen-stesen servis BHPetrol yang mengambil bahagian, dan ia menawarkan ganjaran kepada 80 pemenang secara keseluruhan, bersama 20 lagi pemenang saguhati dengan wang tunai RM1,000 yang diumumkan melalui laman web rasmi BHPetrol.

Untuk peraduan yang berlangsung selama dua bulan ini, seramai 20 pemenang memenangi hadiah utama Wang Tunai RM5,000 setiap seorang dan 20 pemenang membawa pulang hadiah kedua petrol percuma selama setahun bernilai RM4,000 setiap seorang.

Manakala 20 pemenang lagi memenangi hadiah ketiga berupa baucar barangan kemas Habib bernilai RM3,000 dan 20 pemenang lain memenangi hadiah saguhati bar emas Habib 5g 999.9 Gold setiap satu. Dalam tempoh pertandingan itu berlangsung, setiap ahli BHPetrol eCard perlu membelanjakan nilai minimum RM40 setiap transaksi untuk bahan api atau barangan kedai secara automatik untuk layak menyertainya.

“Kami terharu dengan sambutan yang baik dan penyertaan yang tinggi dalam peraduan. Tawaran menarik kami berjaya menarik ramai pelanggan baharu serta pelanggan setia kami untuk mengunjungi BHPetrol. Kami berharap hadiah yang dimenangi akan memberi kegunaan kepada para pemenang dalam keperluan harian mereka.” kata Ir. Azizul Azily Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol.

Dalam majlis yang sama, BHPetrol turut melancarkan satu lagi peraduan terbaharu “Pam & Beli Syoknya Menang” yang akan berlangsung dari 1 Julai 2024 hingga 31 Ogos 2024, menawarkan jumlah hadiah bernilai RM250,000. Untuk mengambil bahagian, pelanggan hanya perlu membuat pembelian bahan api sebanyak RM40 atau barangan kedai stesen servis BHPetrol.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required