Kerajaan akan ambil langkah sama, ‘tiada notis awal’ untuk subsidi bersasar petrol RON 95- Rafizi Ramli

Kerajaan akan ambil langkah sama, ‘tiada notis awal’ untuk subsidi bersasar petrol RON 95- Rafizi Ramli

Buat masa sekarang, kerajaan tidak ada menyatakan sebarang perincian tentang pembubaran subsidi menyeluruh petrol RON95, kecuali mereka sedang melakukan kajian berkenaannya. Bila masa sebenar subsidi bersasar akan diperkenal dan dilaksana juga masih belum diketahui.

Apabila ditanya lagi berkenaan perkara ini, menteri ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan kerajaan akan mengambil strategi sama untuk petrol RON 95, seperti diesel, di mana tiada notis awam awal dikeluarkan berkenaan keputusan untuk menarik balik subsidi menyeluruh sedia ada – lapor Malaysiakini.

“Kita tidak akan dedahkan rancangan kita, seperti mana kita kejutkan semua orang dengan diesel. Sama seperti kita kejutkan semua orang dengan diesel, saya fikir ada satu lagi kejutan untuk orang ramai,” kata beliau dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg.

Kerajaan akan ambil langkah sama, ‘tiada notis awal’ untuk subsidi bersasar petrol RON 95- Rafizi Ramli

Beliau juga menegaskan bahawa pada masa ini, kerajaan komited kepada program rasionalisasi subsidi diesel. “Buat masa sekarang, kami memberi tumpuan kepada diesel kerana ketirisan besar sebenarnya berlaku dalam (subsidi) diesel. Saya fikir kami kena pastikan dan belajar daripada proses untuk menambah baik keseluruhan system,” kata Rafizi.

Sementara itu, perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberi kenyataan balas kepada soalan berkenaan kenyataan Rafizi itu dengan mengatakan bahawa kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berkenaan keperluan rasionalisasi subsidi petrol RON 95 – lapor Malay Mail.

Anwar memberitahu, kenyataan Rafizi cuma memberi fokus kepada subsidi bersasar diesel, yang mana kerajaan kini sedang membuat kajian berkenaan keberkesanannya. “Saya baca teks Rafizi; beliau menyatakan kami sedang memberi fokus kepada diesel, yang memerlukan pertimbangan rapi untuk pelaksanannya,” kata beliau.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required