Subsidi petrol RON95 harus munasabah; lihat corak penggunaan rakyat bukan statistik sedia ada – FOMCA

Subsidi petrol RON95 harus munasabah; lihat corak penggunaan rakyat bukan statistik sedia ada – FOMCA

Keraan disaran agar menyalurkan amaun subsidi petrol RON95 yang mencukupi kepada rakyat untuk mengimbangi kos perbelanjaan sekiranya rasionalisasi ke atas bahan api itu dilaksanakan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Saravanan Thambirajah, perkara itu perlu diteliti agar tidak memberi kesan buruk kepada ekonomi rakyat Malaysia.

Katanya, walau bagaimana pun, buat masa ini sukar untuk menetapkan anggaran jumlah subsidi petrol yang mencukupi untuk menambung perbezaan harga petrol RON95 apabila diapungkan kelak. Namun, beliau yakin amaunnya nanti akan ditentukan apabila kerajaan melakukan audit menerusi data Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

“Kerajaan perlu kumpulkan maklumat di peringkat bawah dari segi penggunaan sebenar petrol bulanan dan keperluan rakyat yang layak iaitu golongan B40 dan M40. Kos ulang alik ke tempat kerja misalnya bukannya murah kerana mereka juga perlu membayar tol, cukai jalan dan insurans kenderaan.

Subsidi petrol RON95 harus munasabah; lihat corak penggunaan rakyat bukan statistik sedia ada – FOMCA

“Jangan setakat bergantung kepada statistik sedia ada. Kebergantungan kerajaan terhadap statistik sedia ada sebelum ini menyebabkan mereka lupa apa keadaan sebenar rakyat di luar sana,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Tambahnya, pelbagai implikasi buruk dikhuatiri akan berlaku sekiranya nilai subsidi diberikan tidak munasabah.

“Kuasa beli rakyat akan jatuh sebab duit habis untuk menampung perbelanjaan petrol yang semakin bertambah. Akhirnya, golongan B40 mungkin tidak mampu membeli makanan berkhasiat buat keluarga mereka. Malah, tidak mustahil masalah sosial dan jenayah semakin meningkat kerana rakyat tidak cukup gaji. Kerajaan perlu teliti risiko-risiko seperti ini,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required