EVx 2024: Tempah kereta baru dan terima baucar RM1,500 daripada V-Kool, DodoMat dan DK Schweizer

EVx 2024: Tempah kereta baru dan terima baucar RM1,500 daripada V-Kool, DodoMat dan DK Schweizer

EVx 2024 yang menjadi sebuah pameran dan ekspo kereta elektrik (EV) anjuran paultan.org kembali lagi tahun ini dan bakal berlangsung hujung minggu ini, dari 20-21 Julai 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Merupakan penganjurannya buat kali ketiga — dan ditaja secara bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp — ia menghimpunkan semua perkara berkaitan EV di bawah satu bumbung, baik dari kereta hinggalah kepada kelengkapan pengecasan.

Antara jenama yang bakal ikut serta dalam pameran ini ialah Mercedes-Benz, BMW, MINI, smart, Hyundai, Kia, BYD, Chery, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan terlibat.

EVx 2024 akan menjadi tempat terbaik untuk anda mendekati segala aspek berkaitan EV dan memudahkan urusan anda untuk mengetahui lanjut tentangnya. Tidak ketinggalan, akan ada pratonton model EV terbaru serta sesi pandu uji, semuanya di satu lokasi.

Dan, jika berminat untuk menjadi pemilik EV terbaru, ada tawaran menarik menanti. Tempah kereta baru anda di EVx dan nikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerus kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

Anda juga berpeluang untuk mempelajari semua aspek berkaitan elektrifikasi melalui sesi perbincangan oleh pemain industri dan mengetahui pengalaman pemilikan dan penggunaan EV melalui sesi forum yang turut akan diadakan sepanjang acara berlangsung.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan. Jumpa di sana, 20-21 Julai 2024. Masuk adalah percuma.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required