Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org akan berlangsung hujung minggu ini, pada 20-21 Julai 2024 (9 pagi-7 malam setiap hari) bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Di taja bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp, EVx 2024 bakal menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan teknologi kenderaan elektrik daripada pelbagai jenama di bawah satu bumbung.
JuiceUp merupakan syarikat perisian sebagai servis dan pembayaran (SaaS) yang diwujudkan daripada PAIDChain, yang merupakan pelopor dalam industri pembayaran. JuiceUp juga bekerjasama dengan Visa untuk mempermudahkan lagi pengalaman EV bagi pengguna.
Caranya adalah dengan tidak memerlukan pengguna EV untuk memuat turun beberapa aplikasi bagi pengendali pengecasan yang berbeza. Penyelesaian JuiceUp juga membolehkan penggunaan kad fizikal untuk membuat bayaran bagi pengecasan kenderaan.
Dengan menawarkan kaedah pembayaran universal, pengguna EV hanya perlu sentuhkan kad mereka di terminal, sama seperti ketika mengisi minyak petrol atau diesel, mereka tidak perlu risau tentang apa aplikasi yang betul di setiap stesen pengecasan yang berbeza yang digunakan itu.
Selepas kod QR diimbas, pengguna boleh meninjau progres pengecasan melalui Nimble, sebuah aplikasi web yang mesra pengguna yang dikuasakan oleh PAIDChain yang menyediakan kemaskini masa nyata dan capaian mudah kepada maklumat pengecasan.
Selesai mengecas, e-resit dan e-invois akan diterima melalui integrasi dengan LHDN bagi membolehkan simpanan rekod yang mudah. Ketahui lebih lanjut tentang JuiceUp di sini.
Selain itu, antara jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 ialah Mercedes-Benz, BMW, MINI, smart, BYD, Hyundai, Chery, Kia, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan ikut serta .
Dan, jika berminat untuk menjadi pemilik EV terbaru, ada tawaran menarik menanti. Tempah kereta baru anda di EVx dan nikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.