EVx 2024: Dekati Hyundai Ioniq 6 dengan jarak EV 614 km, cas dalam 18 minit — tawaran eksklusif menanti

EVx 2024: Dekati Hyundai Ioniq 6 dengan jarak EV 614 km, cas dalam 18 minit — tawaran eksklusif menanti

Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org akan berlangsung hujung minggu ini, 20-21 Julai 2024 (9 pagi-7 malam setiap hari) bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Di taja bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp, EVx 2024 bakal menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan teknologi kenderaan elektrik daripada pelbagai jenama di bawah satu bumbung.

Antara jenama pengeluar kenderaan yang akan turut serta ialah Hyundai, yang antara lain akan mempamerkan model Hyundai Ioniq 6 — yang sudah merangkul tiga anugerah utama: World Car of the Year, World Electric Vehicle of the Year serta World Car Design of the Year. Tidak lupa, model Hyundai Ioniq 5 juga akan ada.

Ioniq 6 tampil dengan reka bentuk retro-futuristik yang unik dengan bacaan rintangan angin serendah 0.21, sekaligus menjadikannya kenderaan produksi paling aerodinamik. Dengan bateri lithium-ion polymer dengan kapasiti tenaga 77.4 kWh, Ioniq 6 memberikan jarak sejauh 614 km WLTP dengan sekali cas — paling jauh yang ditawarkan oleh EV Hyundai ketika ini.

Dengan binaan elektrikal 800V yang digunakan — bukan sesuatu yang lazim dalam kalangan EV yang dijual hari ini — baterinya menyokong pengecasan pantas DC dengan kapasiti maksimum yang banyak memerlukan 18 minit untuk penuh. Dengan pengecas yang serasi, pengecasan dari 10%-80% boleh dicapai dalam hanya 18 minit sahaja.

EVx 2024: Dekati Hyundai Ioniq 6 dengan jarak EV 614 km, cas dalam 18 minit — tawaran eksklusif menanti

Ioniq 6 juga hadir dengan fungsi vehicle-to-load (V2L) yang boleh membekalkan 3.6 kW kuasa melalui soket tiga-pin di bawah tempat duduk belakang dan satu port pengecas di luar.

Selain Hyundai, antara jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 ialah Mercedes-Benz, BMW, MINI, smart, BYD, Chery, Kia, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan ikut serta .

Dan, jika berminat untuk menjadi pemilik EV terbaru, ada tawaran menarik menanti. Tempah kereta baru anda di EVx dan nikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required