Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org akan berlangsung hujung minggu ini, pada 20-21 Julai 2024 (9 pagi-7 malam setiap hari) bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Di taja bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp, EVx 2024 bakal menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan teknologi kenderaan elektrik daripada pelbagai jenama di bawah satu bumbung.
Gentari selaku penaja bersama akan hadir di pameran ini bersama Gentari Go, sebuah platform berasaskan aplikasi mudah alih bersepadu berkaitan ekosistem produk berkaitan EV dan perkhidmatan daripada rangkaian terbesar stesen pengecasan EV berlesen di Malaysia.
Tersedia untuk peranti Apple iOS dan Android, Gentari Go disasar untuk menawarkan kepada pelanggan sebuah pengalaman gaya hidup mapan yang bersepadu, menghimpunkan aspek tenaga hijau bagi keperluan domestik, pengecasan dan kenderaan EV. Selain untuk mengetahui stesen pengecasan, Gentari Go juga menyediakan fungsi platform bersepadu yang meliputi roaming rentas sempadan, sewa EV, penyelesaian pengecasan di rumah dan banyak lagi.
Gentari akan menawarkan pakej khusus untuk pengunjung EVx 2024: bermula dengan Reload Pin RM30 untuk pengguna pertama aplikasi mudah alih Gentari Go. Pelanggan yang memuat turun mendaftar boleh menebus RM30 tersebut untuk digunakan di stesen pengecasan awam Gentari di seluruh Malaysia, bagi kedua-dua AC dan DC.
Selain itu, Power Pass RM899 dengan Reload Pin RM100 membawakan rebat RM100 dalam bentuk kredit pengecasan, dan anda akan menikmati potongan 50% bagi kadar pengecasan di semua stesen pengecas Gentari — AC dan DC — di seluruh Malaysia. Bergantung kepada kelayakan EV, anda mungkin akan menikmati ciri AutoCharge: pas ini sah untuk 12 bulan selepas diaktifkan, dan resit langganan anda boleh digunakan untuk tujuan pengurangan cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat. Ketahui lebih lanjut berkaitan Gentari Go di sini.
Selain itu, antara jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 ialah Mercedes-Benz, BMW, MINI, smart, BYD, Hyundai, Chery, Kia, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan ikut serta .
Dan, jika berminat untuk menjadi pemilik EV terbaru, ada tawaran menarik menanti. Tempah kereta baru anda di EVx dan nikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.